Berikutan peluang menang dilihat samar, ada dalam kalangan calon MCA terpaksa merayu undi pada pilihan raya umum kali ini.
Calon MCA di kerusi Parlimen Bagan, Tan Chuan Hong dilihat sanggup berlutut di atas pentas bagi merayu sokongan pengundi sebelum memulakan ucapan dalam program parti itu malam ini.
“Selamat sejahtera semua. Hari ini saya terpaksa berlutut… bolehkah anda mengundi BN?” katanya.
Tan mencabar pengerusi DAP, Lim Guan Eng dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bagan.
BN mengadakan 'ceramah mega' di Seberang Perai malam ini di mana kira-kira 250 orang hadir, tetapi orang ramai beransur-ansur beredar ketika acara itu masih berlangsung.
Ketika Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng berucap pada pukul 10 malam, hanya separuh daripada hadirin yang tinggal.
Dalam masa yang sama, tidak jauh dari situ, lebih 500 orang menghadiri ceramah DAP.
Tan bukanlah calon MCA pertama yang merayu undi dalam kempennya pada pilihan raya umum ke-15.
Menurut laporan media, calon kerusi Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Quek Tai Seong turut membuat rayuan serupa untuk mendapat sokongan pengundi.
“Saya mohon, undilah calon BN, saya tidak mahu kalah lagi!” katanya pada Selasa lalu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment