NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum Bertanding dah bergaduh sesama sendiri rebut calon PH Padang Serai


Hanya beberapa jam selepas mengumumkan nama peguam Mohamad Sofee Razak sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai di Kedah, Pakatan Harapan (PH) membuat pertukaran pada saat akhir.

Wartawan dimaklumkan mengenai pertukaran itu melalui grup Whatsapp PKR Kedah kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dipercayai calon baru - Shamsul Anuar Abdullah - dipilih berikutan kekecohan membabitkan PKR bahagian Padang Serai yang tidak berpuas hati dengan pilihan sebelum ini.

Shamsul berasal dari cabang PKR Padang Serai.

Sebelum ini, nama bekas ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi turut dikaitkan sebagai calon.

Malam tadi, Naib Presiden PH Salahuddin Ayub mengumumkan pencalonan Mohamad semasa acara di Taman Selasih di Kulim.

Mohamad ialah setiausaha PH Kedah dan Amanah Kedah.

Mohamad Sofee (tengah) digantikan dengan Shamsul Anuar.

Turut hadir Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar, Adun Bukit Selambau R Summugam, Ketua Amanah Padang Serai Abdul Razak Salleh dan veteran kesatuan sekerja Abdullah Sani.

PRK Padang Serai diadakan berikutan kematian bekas penyandang PH M Karupaiya pada 16 Nov, tiga hari sebelum pilihan raya umum ke-15.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya menetapkan 7 Dis sebagai tarikh pengundian bagi kerusi Padang Serai.

Pencalonan akan diadakan esok di Kompleks Sukan Kulim Hitech.







Komen: .Mereka bukan nak tolong rakyat mereka nak jawatan... 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo