NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belon udara panas BN tak sempat terbang lama


Sebuah belon udara panas diarahkan agar diturunkan tidak lama selepas ia dinaikkan pagi semalam.

Difahamkan gambar belon udara panas itu tersebar di media sosial semalam.

Namun, ketika tiba di lokasi tengah hari ini, ia sudah tiada.

Lokasi itu terletak kira-kira 200 meter dari pusat khidmat MIC Sungai Siput. Pada PRU15, presiden parti itu SA Vigneswaran bertanding di kerusi Parlimen itu.

Seorang pemimpin MIC ketika ditanya berkenaan perkara itu berkata polis mengarahkan ia diturunkan kerana pihak yang ingin menaikkan belon udara panas perlu mendapatkan permit dahulu.

Sementara itu penduduk sekitar memberitahu belon itu hanya dinaikkan untuk tempoh yang singkat dan diturunkan kira-kira pada jam 12 tengah hari semalam.

Di bawah undang-undang Malaysia, mana-mana pihak memerlukan permit dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam untuk menerbangkan, melancarkan atau menambat belon tersebut.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo