NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BCL hamil? Netizen petik nama Ariel..


BCL hamil? Netizen petik nama Ariel.. Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sering menjadi sorotan media Indonesia dan setiap aktivitinya menjadi perbualan utama serta hangat terutamanya isu peribadi.

Terbaru, gambar-gambar BCL yang menampakkan perutnya agak buncit menjadi perbualan sedangkan dia dikenali sebagai individu yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik.

Menerusi laporan Insertlive, penampilan BCL yang mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi dia sedang hamil kerana perutnya jelas kelihatan besar.

Ketika itu BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert di Medan, Sumatera.

Tanpa usul periksa, segelintir mereka percaya BCL sedang hamil dan sudah pastinya nama Aeril Noah yang dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi terbabit.

Pelbagai kenyataan memenuhi ruangan komen yang mengaitkan nama Ariel dengan video perut BCL yang kelihatan seperti orang hamil.

“Jangan jangan sama Ariel,” tulis seorang warganet.

“Semakin besar perutnya. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” tulis seorang lagi warganet.

Bagaimanapun, sebahagian warganet menegaskan yang dari dulu perut BCL memang kelihatan seperti yang terdapat di video itu.

Mereka menganggap penampakan perut BCL itu sebenarnya biasa saja.

“Perutku kalau pakai baju seperti BCL juga nampak begini,” tulis seorang warganet.

“Iya memang dari dulu perasan perutnya begitu,” tulis yang lain pula.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo