NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup



JOHOR BAHRU, 27 Nov (Bernama) -- Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, 7 malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS itu sebelum ini menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

PPS itu beroperasi sejak 2 Nov lepas akibat limpahan Sungai Muar yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air.

-- BERNAMA 







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo