NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bahaya Manifesto PH ni.. Nak sokong lagi?



Percaya atau tidak? Dalam manifesto PH, langsung tak ada sentuh bab Islam. Dalam manifesto BN pulak, sentuh sekali sahaja.

Pada masa yang sama, manifesto PN banyak kali sentuh tentang agama Islam dalam banyak bahagian.

Jika anda membaca perincian penuh manifesto PAKATAN HARAPAN, nampak banyak sebab kenapa pengundi sepatutnya tidak mengundi/menyokong PH.

Di dalam manifesto mereka, inilah rancangan Pakatan Harapan:

1 - Pengiktirafan Sijil UEC

Sijil UEC yang berasal dari silibus dari Taiwan ini cuma akan membesarkan lagi jurang pemisahan antara kaum bila ia menggunapakai Bahasa Cina & tidak mempunyai kaitan langsung dengan sifat kenegaraan warganegara Malaysia di dalam perlaksanaannya.

2 - Pemansuhan Akta Hasutan

Pemansuhan ini boleh membuka ruang sebebas-bebasnya untuk sesiapa sahaja untuk menghasut, menyebarkan fitnah & kebencian kepada agama, bangsa & negara, selain penyebaran ideologi salah & songsang kepada masyarakat akan menjadi semakin tidak terkawal.

3 - Kewarganegaaran Automatik

Kewarganegaran secara automatik akan melonggarkan lagi peluang kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak, terutamanya mereka yang langsung tidak mempunya jatidiri sebagai rakyat Malaysia, bahkan ada yang tidak tahu pun berbahasa Melayu. Bila ini berlaku, ia juga boleh mengundang rasa tidak hormat kepada negara kita, juga membuka peluang kepada warga luar untuk mengangkut hasil negara.

4 - Pilihanraya PBT (DBKL)

Seperti yang kita semua tahu, bandar-bandar majoritinya ekonom & demografi strategiki dikuasai oleh kaum-kaum tertentu. Sekiranya kita membuka jalan kepada Pilihanraya PBT, maka semakin berleluasalah penguasaan kaum-kaum tertentu untuk menguasai bukan sahaja ekonomi, hartanah & hak-hak umat Islam akan terganggu contohnya dalam isu arak, judi & institusi masjid.

Ramai yang hanya tahu menyokong Anwar Ibrahim atau Pakatan Harapan tapi tak baca atau tak peduli pun apa yang terkandung dalam Manifesto mereka.

Sedarlah.

Jangan sampai bila semua dah terlambat, baru kau nak menyesal.

Cukuplah 22 bulan yang peritnya satu negara dapat rasa.

Cukuplah.

AMENG


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo