PENGALAMAN bersama DAP sangat memeritkan. Mereka tidak layak diberi peluang untuk memerintah negara ini. Tanpa mengambil kira sensitiviti beragama, DAP telah banyak kali secara bersahaja menyinggung perasaan umat Islam tanpa rasa bersalah.
Seorang Senator dari DAP pada tahun 2019 tanggal 27 April yang lalu telah mencadangkan supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia. Kononnya untuk manfaat ekonomi tetapi gagal memelihara perasaan umat Islam dalam keadaan seluruh dunia mengetahui kekejaman Israel dan permusuhan mereka terhadap umat Islam.
Senator yang sama juga telah mencadangkan supaya dimansuhkan status agama dalam kad pengenalan di Dewan Negara.
Pada 10 Mac 2019, Kerajaan PH yang didominasi oleh DAP juga telah memberi peruntukan kepada kumpulan Sister In Islam (SIS) yang telah diisytihar sebagai sebuah pertubuhan yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam. Kononnya ia adalah peruntukan untuk membantu ‘wanita Islam’. Sedang itu kumpulan liberal yang menyeleweng dari Islam.
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 8 Ogos 2018 telah pertahankan tindakan mempromosi LGBT dalam festival Georgetown di Pulau Pinang. Sedang aktiviti LGBT ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam bahkan bersilang sial dengan budaya orang Timur.
Terdahulu pada 28 September 2017 Ketua Menteri Pulau Pinang telah melantik seorang penceramah bebas menjadi pegawai penerangan yang kononnya untuk menjelaskan dasar Islam di Pulau Pinang, sedang penceramah tersebut adalah seorang yang telah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana menghina Institusi Raja.
Penceramah tersebut telah viral pada tahun 2013 dengan video penerangan beliau mengenai pelan menguburkan Institusi Raja menjelang 2030 kelak. Malaysia akan menjadi negara Republik dan menggelarkan Sultan sebagai setan.
Seperti DAP berterima kasih dan mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh penceramah bebas itu lalu diberi kedudukan yang begitu istimewa dalam kerajaan negeri yang mereka perintah.
Sikap DAP terhadap Institusi Raja ini sangat jelas. Semasa berlakunya krisis jawatan Menteri Besar Selangor, pada 8 September 2014 KDYMM Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR apabila mereka ingkar dan gagal mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor seperti yang dititah oleh KYDMM Sultan.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor telah menyifatkan dua parti itu sebagai biadab terhadap Institusi Raja dan derhaka kepada titah Tuanku Sultan.
Mengembalikan kepercayaan dan sokongan kepada PH yang didominasi oleh DAP pada PRU 15 ini sangat berisiko terhadap Islam dan Institusi Raja yang menjadi Ketua Agama Islam di setiap negeri.
Justeru pengundi mesti bijak memilih pemimpin.
Sekian.
USTAZ NASRUDIN HASSAN
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment