NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin Ali kalah di Parlimen Gombak dengan majoriti 12,729 undi


GOMBAK:
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menamatkan taklukan tiga penggal guru politiknya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dengan majoriti 12,729 undi.

Amirudin yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) meraih 72,267 undi meninggalkan Azmin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 59,538 undi.

Mendapat gelaran Panglima Selangor, Amirudin turut meninggalkan jauh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang meraih undi 30,723.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir memperoleh 2,223 undi dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad mendapat 675 undi.

Setakat pukul 12.53 tengah malam tadi, sebanyak 165,426 undi telah dikira melibatkan 350 peti undi, berbanding 206,666 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.- UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo