NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arus tolak UEC kali ini mesti besar, lebih keras: Aminuddin


BANGI, 2 Jamadilawal 1444H, Ahad
– Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia, Dong Zong sudah menuntut haknya pada kerajaan baharu untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selain peruntukan kekal kepada sekolah persendirian Cina.

Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Aminuddin Yahya berkata, baru dua hari Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama dalam pentadbiran negara, namun Dong Zong sudah berani menuntut janjinya.

“Memang pandai dan rakusnya Dong Zong mengambil peluang kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan. Dan mereka inginkan jaminan itu secepat mungkin.

“Lebih-lebih lagi momentum penerimaan rakyat terhadap pembentukan kerajaan baharu ini adalah bersangka baik iaitu “kita berilah peluang dulu”.

“Dong Zong mungkin sangka yang rakyat tidak akan bangkit menentang agenda UEC dan peruntukan sekolah persendirian mereka ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, keberanian golongan berkenaan disebabkan Barisan Nasional (BN) juga yang kini bergabung bersama kerajaan hari ini telah menerima UEC.

Malah, pernah menjanjikan perkara yang sama seperti yang termaktub dalam manifesto mereka sejak zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak lagi.

“Lebih parah lagi, baru-baru ini ada ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan ada suara-suara pimpinan tertinggi sudah berani berkata tidak mahu ‘jaga orang Melayu lagi’ selepas kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

“Setakat setuju terima UEC ini, apalah sangat. Parti-parti komponen lain terutamanya MCA dalam BN memang penyokong tegar UEC.

“Ditambah lagi dengan pendokong tegar UEC dalam PH, iaitu DAP adalah parti yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak,” katanya.

Justeru, Aminuddin berpandangan, kerajaan campuran ‘PH plus’ zaman Anwar Ibrahim ini adalah jauh lebih ‘totok’ menyokong UEC berbanding kepimpinan sebelum ini.

Bahkan, beliau menyifatkan janji dan agenda mengiktiraf UEC kali ini adalah jauh lebih serius.

“Atas dasar itu, katanya arus menolak UEC kali ini mesti lebih besar dan lebih keras,” tegas beliau.

Terdahulu, mesyuarat Dong Zong kali-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan termasuk menggesa kepimpinan Pengerusi PH mengiktiraf Sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina persendirian secepat mungkin.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi Dong Zong, Chen Taijin, bersama 25 orang wakil yang menyertai mesyuarat ini terdiri daripada 12 persatuan Dong Zong iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo