Selepas lencun kencing rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan wayang kononnya melawan rasuah dan ada integriti, apa lagi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli mahu menipu selepas ini agaknya.
Episod langkah Pan Pacific di sebelah bangunan UMNO apabila Anwar dan Rafizi mengadaikan maruah dan prinsip mereka menyembah ‘mat sakau’, label yang diberikan oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen PRU-15 kepada Zahid Hamidi pastinya menjadi igauan buruk kepada pengundi mereka.
Terkejut, kecewa dan rasa dihina para pengundi PH apabila melihat pemimpin yang mereka pilih kini terpaksa menjadi pencacai kepada parti diketuai ‘mat sakau’.
Lebih menyayat hati apabila pemimpin UMNO di Perak pula membentuk kerajaan perpaduan dengan DAP, mana mahu letak muka pengundi dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila dikecam hebat orang sekeliling dengan tindakan wakil rakyat dipilih mereka.
Malah tular dalam media sosial apabila penyokong UMNO-BN yang membakar bendera parti kesayangan mereka selepas melihat dikencing lencun apabila kini sanggup bersekedudukan dengan DAP, parti yang paling dibenci oleh ahli-ahli parti tersebut.
Nampaknya ‘scammer’ terbesar dalam politik negara adalah UMNO, BN dan PH dalam PRU-15 ini, habis semua penyokong dan pengundi mereka kena ‘scam’ apabila Zahid yang dikenali sebagai anak murid Anwar bertindak membawa satu bentuk jajaran baharu.
Baharu penyokong UMNO-BN tahu selama ini dalam negara bukan sahaja ada kumpulan ‘macau scam’ tetapi ada lagi ‘scammer UMNO’ yang lebih dasyat.
Tindakan Anwar bersama Rafizi nampaknya menyebabkan negara menjadi haru-biru apabila hanya mahu memuaskan nafsu politik semata-mata, mereka berdua sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri (PM) tepi.
Rafizi bukan sahaja sudah tidak ada maruah, malah sudah tidak tahu mana mahu letak mukanya lagi kerana janjinya sebelum ini mahu menjadi orang pertama sekiranya ada sesiapa yang mahu berunding dengan UMNO selepas PRU-15.
Nampaknya Rafizi sekarang tidak berani melawan Anwar dan menghalangnya daripada mengheret PH untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan.
Apakah Rafizi kini sudah lupa janji-janjinya kepada pengundi semasa berkempen Ayuh Malaysia sebelum ini? Mungkin sudah sampai masanya Rafizi menukar slogan semasa kempen PRU-15 daripada ‘kita boleh’ kepada ‘kita boleh sokong mat sakau’.
Terbukti Anwar dan Rafizi hanya pandai beretorik dan bersandiwara kepada rakyat tetapi realitinya mereka berdua sudah hilang moral politik apabila sanggup bersama dengan UMNO dan Zahid.
Yang peliknya, sanggup mereka berdua menjilat ludah sendiri demi semata-mata jawatan dan kuasa.
Mana etika ahli politik PKR yang dicanang selama ini, adakah ini contoh orang politik yang sedang ditunjukkan oleh pemimpin PKR dan UMNO kepada rakyat?
Adakah rakyat akan menerima bentuk ‘scammer’ paling besar pernah dilakukan Anwar, Rafizi dan Zahid ini?
Selepas episod pada Isnin, apakah bakal ada lagi bentuk ‘scam’ yang bakal dibuat oleh Anwar dan Rafizi? Jika betul Anwar dan Rafizi mendakwa mereka sudah memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan, apakah buktinya?
Adakah Anwar dan Rafizi mahu terus menerus kencing rakyat dengan cerita mereka memiliki sokongan?
Rakyat tidak bodoh seperti yang Anwar, Rafizi dan Zahid fikirkan, kerana jika benar mereka ini ada sokongan sudah pasti pada Isnin sudah menyerahkan bukti sokongan yang dimiliki.
Ini tidak, sampai sekarang satu habuk dokumen bukti sokongan pun tidak ditunjukkan kepada rakyat, jadi mana majoritinya?
Tunjuklah majoriti, bukan hanya dengan beretorik dan berterusan merancang dengan Zahid untuk mencukupkan majoriti sokongan yang tidak wujud.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment