NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa hebatnya bukan Anwar aje tolak kereta Mercedes S600, Ismail pun tolak juga


PETALING JAYA:
Keputusan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan rasmi baharu bukanlah perkara luar biasa kerana perkara yang sama pernah dilakukan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu didedahkan bekas pengarah bahagian komunikasi pejabat perdana menteri, Ruhaidini Abd Kadir yang memberitahu, bekas perdana menteri itu menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

“Sepanjang bergelar perdana menteri, Ismail lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

“Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk “Di Sebalik Nama Ismail Sabri”.

Menurutnya, Ismail juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi perdana menteri telah indah diubahsuai.

Anwar sebelum ini berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya bagi mengelak pembaziran di bawah pentadbirannya.

Beliau juga dilaporkan menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi perdana menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional dan parti blok Borneo.

Tapi malangnya laman https://wrlr.blogspot.com/ buat kerja fitnah


Laman WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI ini memang buat kerja fitnah. Mereka dibayar gaji untuk isi perut buat kerja fitnah menyerang PAS dan PN

Hentilah buat kerja lebih-lebihkan Anwar.
Tak ada hebat pun dia ni.
Yang penting pastikan dia ni tak jadi macam sebelum ni kayakan kroni dan dia lah dalam UMNO yang mulakan politik wang.









........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Tidak ada nilai penjimatan jika sebuat pasal tak guna kereta tu. Dulu PRK disegajakan kerana seorang Anuwar memakan belanja kerajaraan berjuta-juta: Permatang pauh,kajang,Port Dickson.
    Tak payah banyak berlakon nampak bagus

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo