Tapi sayang kenapa tak bawa Lim Guan Eng sekali ceramah ni biar orang Melayu Islam tahu LGE baik tentang Islam pernah picit Abang Mat masa kena ISA sekali dulu. Selepas ceramah boleh suruh orang UMNO peluk LGE. PKR sepatutnya bawa Zahid Hamidi, minta penyokong PH peluk Zahid Hamidi kerana dia jual maruahlah PH dapat memerintah.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan berkongsi pentas ceramah pilihan raya umum ke-15 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
Ceramah umum tersebut akan diadakan di tempat letak kereta Pasar Besar Rompin malam esok melibatkan beberapa pemimpin utama PH dan BN.
Antara nama besar daripada kedua-dua parti yang bakal berkongsi pentas buat kali pertama adalah Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Sebelum ini, PH meletakkan calon mereka daripada Amanah, Mohd Fadzli Mohd Ramly bertanding di DUN berkenaan.
Bagaimanapun awal hari ini, FMT melaporkan, Setiausaha Agung Amanah, Hatta Ramli berkata keputusan telah dibuat bagi memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi tersebut.
Hatta berkata, tindakan itu diambil bagi melahirkan tanda kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional.
Pilihan raya umum DUN Tioman membabitkan pertandingan lima penjuru di antara penyandang Mohd Johari Hussain daripada BN, Nor Idayu Hashim (Perikatan Nasional), Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan calon Bebas Sulaiman Bakar.
Hari pengundian DUN Tioman telah ditangguhkan sehingga 7 Dis selepas kematian calon PN, Md Yunus Rami akibat serangan jantung pada sebelah pagi hari pengundian pada 19 Nov lalu.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment