NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tak serang Zahid, adakah kerana perjanjian gelap BN-PH, tanya Muhyiddin


PAGOH:
Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi kelihatan tidak terlalu menyerang sesama sendiri sepanjang tempoh berkempen menguatkan lagi dakwaan wujud perjanjian “gelap” BN-PH akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, tindakan itu menguatkan lagi dakwaan apabila Anwar dalam siri jelajah kempen di kawasan Zahid di Parlimen Bagan Datuk Isnin lalu, langsung tidak menyerang walaupun menyedari presiden Umno itu terpalit dengan kes rasuah.

“Saya pun bila lihat apasal Anwar pergi ke Bagan Datuk, di mana kawasan Zahid, dia tak sentuh langsung (serang zahid), jadi apakah betul pandangan sesetengah pihak seolah-olah ada bentuk satu persefahaman ataupun kerjasama (PH-BN) kalau tak cukup bilangan, yang saya dengar dia (Zahid) nak bergabung dengan Anwar.

“…jadi terjadilah…kau datang tempat aku, kau jangan serang aku, atau pun aku datang tempat kau, aku tak serang kau, agaknya begitulah, takkan Anwar tak tahu dia pernah jadi TPM (timbalan perdana menteri).

“Anwar tahu Umno korup, salah guna kuasa, penyelewengan, ada sudah masuk penjara, kes kluster mahkamah di hadapan dia, yang itu dia tak serang, saya ini apa ada, kalau ikut kes tiada, kenapa saya diserang,” katanya selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk Kampung Jawa.

Muhyiddin mengulangi dakwaan itu walaupun pemimpin BN-PH menafikannya.

Beliau juga tidak menolak tindakan pemimpin PH semakin ghairah menyerang PN dalam kempen PRU15, menunjukkan parti itu menyedari gelombang penerimaan rakyat terhadap PN semakin kuat.

“Saya tahu dia (Anwar) sudah cukup bimbang dengan sokongan PN, muka dia tak cerah sekarang, sedih saja. Bagi saya, ini soal persaingan dalam sistem demokrasi, ada orang suka, ada orang tak suka, itu biasalah saya serang dia juga, dia kata saya bapa perintah kawalan pergerakan (PKP).

“…tak apalah, mungkin dia sudah tertekan bila dia tengok trend mutakhir ini menjurus kepada PN, anak-anak muda, orang ramai sokong, dia ada data, saya ada data. Jadi, mereka kata kalau nak menang serang Muhyiddin, saya tahu ini…tak apa nak serang, yang penting bukan soal Anwar atau saya, tapi siapa yang rakyat akan pilih, mahu percaya kepada Anwar atau percaya kepada saya.”




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo