NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tahu PN ancaman PH, ‘bertubi-tubi’ serang saya, kata Muhyiddin


PAGOH
: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, Anwar Ibrahim telah meningkatkan serangan terhadapnya selepas menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok.

Beliau berkata, disebabkan itu, pengerusi PH itu kini ‘bertubi-tubi’ membuat serangan terhadapnya kerana mahu melihatnya tersungkur.

“Beliau telah membuat pelbagai dakwaan terhadap saya. Dia (Anwar) nampak parti dia tak dapat tarikan majoriti rakyat.

“Jadi serang saya berhabis-habisan supaya saya jatuh dan dia boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap dalam Jelajah PN Best Final di Pagoh malam tadi.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menafikan segala dakwaan yang dibuat Anwar sebelum ini mengenai beliau ada mengambil tanah dan duit semasa menjadi menteri besar di Johor.

Tegasnya, dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah.

“Allahi saya tak buat begitu, tuduhan Anwar merupakan satu fitnah. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

“Dia ada satu tahap ‘gaban’ dia… sudah ‘seriau’ bila hanya tinggal beberapa jam lagi orang nak mengundi,” katanya.

Dalam kempen PRU15, Anwar dilihat telah menyerang Muhyiddin dengan beberapa dakwaan.

Anwar sebelum ini menuduh PN sebagai gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat banyak projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.

Presiden PKR itu mendakwa Muhyiddin yang menjadi perdana menteri ketika itu, mengeluarkan banyak projek tanpa tender kepada pihak tertentu.

Susulan itu, Muhyiddin mencabar Anwar mendedahkan penyata akaun partinya. Cabaran itu disahut Anwar dengan syarat calon PN Parlimen Pagoh itu melakukan perkara sama.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo