NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar sebagai PM buka peluang hubungan dengan Malaysia, kata pengarang kanan akhbar Israel


Pengarang kanan sebuah akhbar Israel berpengaruh berkata pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri boleh membuka lembaran baru dalam hubungan antara negara Yahudi itu dengan Malaysia, di mana setiap kerajaan ditubuhkan sebelum ini tegas mengutuk Zionisme dan secara terbuka menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Ketua pengarang akhbar berbahasa Inggeris Haaretz, Esther Solomon turut membandingkan Anwar dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang jelas melemparkan kutukan terbuka terhadap dasar Israel di forum antarabangsa sehingga menyebabkan beliau dilabel sebagai “anti semitik”.

"Berbeza dengan Mahathir sebelum ini, PM Malaysia yang baru Anwar Ibrahim tidak menggelar dirinya sebagai seorang yang ‘bangga sebagai anti semitik'; malah musuhnya menyelar beliau sebagai 'agen' Yahudi dan/atau Kristian.

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" soalnya mengulas di Twitter sambil berkongsi laporan Haaretz mengenai pelantikan Anwar.

Ulasannya mengundang banyak balasan dari rakyat Malaysia, walaupun kebanyakannya adalah balasan ringkas yang mendakwa tidak ada negara bernama Israel, dan ada juga yang berpendapat bahawa sebarang isyarat diplomatik kepada Israel akan membunuh karier politik Anwar.

Perdebatan panjang mengenai dakwaan wujud hubungan Anwar dengan Israel dibangkitkan semula sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, apabila pesaingnya di Tambun, Ahmad Faizal Azumu, mencabar beliau untuk menyatakan PKR tidak disusupi anasir Israel.

Apa yang dibangkitkan Faizal itu adalah susulan penahanan puluhan rakyat Malaysia yang dikatakan diupah oleh agensi perisikan Israel, Mossad untuk menculik seorang pereka program komputer Palestin yang dikehendaki negara itu September lalu.

Beberapa hari selepas suspek didakwa di mahkamah atas tuduhan menculik, muncul gambar di media sosial yang menunjukkan salah seorang daripada mereka, rakyat Malaysia bernama Raibafie Amdan, mengibarkan bendera PKR dalam gambar yang diambil beberapa tahun sebelum itu.

PKR kemudiannya menafikan Raibafie merupakan ahli parti itu.

Insiden tersebut turut membangkitkan semula kenyataan kontroversi Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal pada 2012, di mana beliau berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Dalam artikel mengenai pelantikan Anwar baru-baru ini, Haaretz berkata pandangan Anwar itu menunjukkan beliau lebih terbuka untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

"Ini adalah kenyataan penting daripada seorang ahli politik kanan di negara yang pasportnya menyatakan 'sah untuk semua negara di dunia, kecuali Israel'," kata akhbar itu.

"Walaupun rekod (kenyataannya) bercampur-baur, (Anwar) Ibrahim sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras, di mana ia berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan (dengan Malaysia) ke tahap tertentu.”

Bagaimanapun, akhbar itu memberi amaran bahawa sebarang inisiatif sedemikian bukan sahaja perlu mengambil kira hakikat bahawa 61% rakyat Malaysia “sudahmenyatakan pandangan anti semitik", memetik tinjauan kumpulan kepentingan Zionis, Anti-Defamation League.

Ia juga berkata hubungan mesra Iran dengan Malaysia juga menjadi penghalang bagi sebarang hubungan dengan Israel pada masa hadapan.

Perisikan Barat mencadangkan Malaysia sebagai sebuah hab untuk aktiviti Iran, dan ia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang boleh dikunjungi rakyat Iran tanpa visa. 

"Artikel pada 2015, dalam akhbar Malaysia menggambarkan negara itu sebagai 'jambatan' antara Iran dan negara lain. Ini mungkin menjelaskan ribuan warga Iran datang ke Malaysia untuk belajar, dan mengapa sesetengah mereka tetap tinggal di negara ini selepas menghabiskan pengajian.

"Iran mempunyai infrastruktur yang sangat penting di Malaysia," kata akhbar itu memetik seorang pegawai Israel. 

"Terdapat hubungan yang sangat berbahaya di sana antara pelajar Palestin dan pakar dari Iran."


....
https://www.malaysianow.com






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo