NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar perlu bukti kertas hitam, Fahmi Fadzil jangan main isu Isreal aje




Sebelum ini Anwar dedahkan bukti akaun bahawa Hadi telah membayar kepada Claire (Sarawak Report) sebanyak RM 1.4 Juta bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah. Dua hari selepas Anwar dedahkan perkara ini, Pas menafikannya. Malam berikutnya Anwar jaja lagi kertas hitam dalam ceramahnya di PRK Semenyih, sekali lagi Anwar ulangi dakwaan tersebut beserta menunjukkan bukti yang dibacanya dengan menyebut tarikh dan jumlah bayaran dibuat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau dan partinya telah membuat pembayaran sebanyak RM1.4 juta menerusi cek kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah difailkan sebelum ini. Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan gambar pertemuan beliau yang tersebar sebenarnya telah diambil di Thailand pada lebih dua tahun.


Pada PRU15 sekali lagi Presiden PAS menafikan. Pembaca boleh tonton video penafian dibuat oleh Presiden PAS.

Fitnah 90 juta


Kita tidak lupa fitnah empat tahun lepas yang PAS menerima duit Umno, kemudian bermewah-mewah berbelanja. Cuma yang pelik, mereka tidak sebutpun apa Presiden PAS dapat. Sepatutnya Presidenlah yang paling banyak dapat, kan? Tetapi mereka tahu, nanti tiada orang akan percaya. Paling ‘best‘, sebab mahu menyedapkan cerita, mereka tulis ‘beberapa orang Ahli Parlimen PAS’. Sama macam jual ubat kampung, menyembuhkan ‘segala penyakit’. Penyakit apa, tak tahu, semua dia ‘claim‘.

Antara fitnah itu ialah Mursyidul Am membeli Porsche, sedangkan ia dibeli oleh anaknya. Anak Presiden PAS ada motor berkuasa tinggi, padahal ia milik rakannya. Dato’ Nik Amar dijaja pakai Range Rover, tetapi sebenarnya yang ‘2nd hand’. Nik Zawawi pakai kereta mahal, walhal beliau seorang saudagar emas. Semua program PAS didakwa dibiayai Umno, sedangkan semua tahu PAS tidak pernah kering tabung ‘Milo’nya didermakan ahli bagi menjayakan program-program itu. Sampai RM10 juta mereka fitnah PAS belanja buat program Ijtimak Ulamak Antarabangsa di Rusila. Gila apa?

Sekarang UMNO ada dengan kamu. Kamu kata UMNO beri 90juta. Kamu ada polis, kamu ada hakim, kamu ada kuasa. Ayuh dedahkan 90 juta PAS terima dengan UMNO.

Jangan kamu alih dengan isu Isreal kemudian kamu cuci tangan isu fitnah kamu dengan kertas hitam dan 90 juta. 


Saya percaya PH tidak mampu buktikan kerana memang meraka juara fitnah.
PH termasuk Fahmi Fadzil kan sembunyi kerja jahat mereka sebelum ini.

Saya ambil peringatan daripada sepotong ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.

ŁˆَŲ§Ł„ْŁِŲŖْŁ†َŲ©ُ Ų£َŲ“َŲÆُّ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŁ‚َŲŖْŁ„ِ

Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…(Surah Al-Baqarah 2: 191)

Kepada macai-macai PH jadilah bodohkan diri kamu. Cukuplah kamu kena kencing dan kamu jangan pula menjadi penyebar fitnah. Insaflah kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Sesungguh PAS dan ahlinya akan memaafkan kamu.

Takutlah doa orang yang kena fitnah.

Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jangan sampai kami akan mendoakan. Jika kami hilang sabar.
Tak ada apa-apa didunia ini boleh membantu kamu. Jangan fikir sedikit duit kamu dapat boleh memberikan kamu keselesaan kerana membuat tuduhan.

Insaflah.
Tapi jika kamu benar bawa kes ini di mahkamah
Jika tidak kamu PH adalah pembohong dan tukan kencing rakyat.


NASIR RAMLEE



........
Komen: PH menang dengan jasa fitnah dan kerjasama dengan orang2 kafir




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo