NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar 'kempunan' jadi PM kerana Muhyiddin kata Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya tidak harus dipersalahkan kerana Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, pengerusi GTA itu berkata mereka dari dalam gabungan PH sendiri yang merancang Langkah Sheraton, khususnya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin dan pemimpin PKR yang berpaling tadah Mohamed Azmin Ali.

"Saya nak terang sekali lagi, peletakan jawatan oleh saya tidak menyebab jatuhnya Kerajaan PH.

"Dan jika kerajaan PH tidak jatuh maka ia boleh sahaja namakan Anwar ganti saya," jelasnya pada satu kenyataan hari ini.

"Yang menjatuh kerajaan PH ialah Mahiaddin, Hamzah dan Azmin yang menarik keluar ramai ahli mereka dari PH sehingga hilang majoriti dan jatuh.

"Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Mahiaddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM," katanya lagi.

Menurut Mahathir, Anwar juga bersalah kerana mendorong Azmin dan beberapa ahli-ahli parlimen PKR pada waktu itu "bersekongkol dengan Muhyiddin."

"Jangan asyik nak salahkan saya," katanya.

Gambar fail.

Menurut Mahathir, kenyataan ini sebagai maklum balas terhadap Anwar dan penyokong PH yang tanpa henti menuduhnya tidak menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dan tidak membincangkan keputusannya meletakkan jawatan pemimpin nombor satu negara itu.

Pengerusi Pejuang itu juga menjelaskan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri di tengah-tengah Gerakan Sheraton pada 2020 serupa dengan apa yang berlaku terhadap bekas perdana menteri Britain, Liz Truss.

"Contohnya di United Kingdom, negara yang sistem Westminsternya kita ikuti, apabila perdana menterinya letak jawatan, parti yang memerintah tentukan siapa yang harus ganti.

"Liz Truss baru-baru ini tidak bincang dengan pemimpin lain untuk letak jawatan. Dia letak jawatan apabila merasa tidak dapat sokongan. Begitu juga yang saya lakukan.

"Bezanya, Parti Konservatif masih menjadi kerajaan walaupun Theresa May, Boris Johnson, Liz Truss letak jawatan. Sekarang Rishi Sunak jadi PM kerajaan Konservatif," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo