NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar hantar notis kepada bekas ahli PKR berhubung dakwaan berkait Chin Peng


PETALING JAYA:
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas ahli partinya berhubung klip video TikTok yang menurutnya, mengandungi banyak kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

  • Dalam surat yang dilihat oleh FMT, Anwar berkata, Faizal Effendi Hasim telah membuat dakwaan serius terhadapnya melalui akaun TikTok miliknya @mr_ari11.
  • Antaranya termasuk:
  • Anwar sanggup mengorbankan prinsipnya demi menjadi perdana menteri;

Beliau berjanji sebelum ini bahawa sehari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, beliau akan menghantar delegasi lima anggota ke Thailand untuk merundingkan kepulangan Chin Peng (ketika beliau masih hidup) ke Malaysia;

Dakwaan Faizal bahawa jika Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, penduduk Sungai Manik, Perak, akan menjadi orang pertama menentangnya bagi mempertahankan rakyat.

Anwar berkata, dakwaan Faizal dalam video yang tular itu adalah palsu dan bersifat fitnah.

Katanya, dakwaan itu bermaksud atau membawa maksud tersirat, antara lainnya, bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, seorang penipu dan pengkhianat, serta bukan orang Islam yang baik dan bersifat munafik.

“Anda telah menghasilkan klip video itu dengan rancangan untuk memusnahkan karakter saya, terutamanya pada masa ini, menjelang pilihan raya umum.

“Ia telah menyebabkan kerosakan yang serius,” menurut LOD yang dihantar peguam Anwar, SN Nair.

Anwar juga memberikan tempoh tujuh hari kepada Faizal untuk menarik balik dakwaan itu, membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam media pilihan Anwar, dan membuat jaminan bertulis bahawa beliau tidak akan mengulangi dakwaan itu dalam apa jua bentuk.

Jika gagal, prosiding undang-undang akan dimulakan terhadap Faizal, menurut surat itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo