PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim belum memanggil parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan pembentukan Kabinet, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
“(Perbincangan) bentuk kerajaan, kita (PH) belum bincang, tetapi kita akan tubuh kerajaan secepat mungkin.
“Untuk jawatan menteri dan sebagainya, terserah kepada perdana menteri. Saya tidak tahu (sama ada) akan tersenarai (menteri kabinet) atau tidak,” katanya menurut Sinar Harian, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas meraikan petugas PH pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Parlimen Kota Raja.
Mohamad pernah menyandang portfolio menteri pertahanan selepas PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pada 2018.
Pada PRU15, beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 73,998 undi menewaskan pencabar terdekat dari Perikatan Nasional (PN), Mohamed Diah Baharun yang memperoleh 49,308 undi.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment