Arena politik negeri ini yang sebelumnya ‘dingin’ bertukar ‘kecoh’ apabila nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Difahamkan, Annuar bakal digantikan oleh Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.
Bagaimanapun, cakap-cakap yang mulai tersebar sejak malam tadi itu
tidak dapat dipastikan kebenarannya sekali gus menimbulkan pelbagai
persoalan dalam kalangan rakyat di negeri ini terutama kawasan Parlimen
Ketereh.
Sementara itu, sumber memberitahu bahawa terdapat ura-ura Tan Sri
Annuar Musa bakal sertai PAS Dan pertahankan kerusinya di Ketereh
memandangkan penduduk di situ selesa dengan pemimpin tersebut.
Annuar juga mahu mengekalkan prinsipnya untuk tidak bertanding di tempat lain selain Ketereh jika ditawarkan sebagai calon PRU-15.
Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, beliau
tetap memilih untuk menawarkan diri dan berkhidmat di tempat
kelahirannya sendiri, malah, tidak berpindah meskipun berdepan kekalahan
pada pilihan raya sebelum ini
Pada PRU-14 Annuar berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya
dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas dan PKR.
Annuar merupakan antara Ahli Parlimen BN yang bukan sahaja cemerlang dalam perkhidmatan, malah cukup disayangi dan disenangi oleh seluruh rakyat Kelantan termasuklah Ketereh selain Ahmad Jazlan dan Ku Li.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Gila pas kalau ambil nuat jadi calon pas,,cukup2lah ibrahim ali buat inaya ke pas dulu
ReplyDelete