NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Ancaman utama di Batu adalah PN”


KUALA LUMPUR
– Kempen di kerusi Parlimen Batu meriah dengan pertarungan 10 penjuru,  tetapi calon manakah yang mampu memberi persaingan.

Walaupun timbul nama popular iaitu Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas dengan menggunakan lambang kerusi, tetapi bagi calon PH,  P. Prabakaran, tentangan utama bukan daripada Tian Chua atau calon BN.

Prabakaran sebaliknya berkata, ancaman utama adalah daripada calon PN, Azhar Yahya yang berasal dari Pas.

Katanya, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang agak kuat di Batu dan Azhar mendapat kira-kira 10,000 undi pada 2018, walaupun berdepan “Angin Harapan” yang kuat pada tahun itu.

Kata Prabakaran kepada China Press, beliau bimbang undi Melayu akan beralih kepada calon Pas tersebut yang bertanding menggunakan lambang PN.

“Sokongan kepada Gerakan pada 2018 akan berpecah kepada BN, PH dan juga PN, terutamanya kerana Gerakan kini telah menyertai PN.

Mengenai calon BN pula, Prabakaran berkata, disebabkan pengaruh akar umbi MIC yang tidak kuat di Batu, maka tentangan PN/Pas adalah lebih besar.

Katanya, selepas PN,  tentangan terbesar adalah daripada Tian Chua yang mungkin memecahkan sokongan terhadap  PH.

Sementara itu, Tian Chua memberitahu China Press, selain mengundi berdasarkan lambang parti, pengundi Batu juga mahukan wakil rakyat yang boleh bersuara untuk mereka.

Katanya, pengundi Batu juga boleh menilai prestasinya semasa menjadi Ahli Parlimen Batu dan menilai sama ada janji yang diberikan sebelum ini telah dikotakan.

Calon BN, Datuk A. Kohilan Pillay pula percaya undi Cina di Batu akan kembali kepada BN kerana mereka mahukan kerajaan yang stabil.

Kohilan berkata, beliau telah berjumpa dengan 200 peniaga Cina di Batu dan mereka menyatakan sokongan kepada beliau.

Kerusi Parlimen Batu telah kecoh sebelum ini apabila terdapat perebutan antara Tian Chua dan Prabakaran untuk mewakili PKR, yang kemudian menyebabkan Tian Chua bertanding sebagai calon bebas.

Di pihak BN pula, MIC dan MCA masing-masing mendakwa diberi mandat untuk bertanding oleh BN. Pertelingkahan itu bagaimanapun berakhir dengan pendamaian.

Batu juga meriah dengan penyertaan peguam hak asasi manusia Siti Kasim, selain  Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleoparta.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo