Dengan kerajaan baru bakal ditubuhkan dengan kerjasama PH dan BN yang dahulunya berseteru, dan juga dengan sokongan GPS, penting untuk menganalisis keputusan PRU15. Gabungan PH 11% pengundi Melayu dan BN 33% pengundi Melayu masih belum kuat untuk mengatasi lonjakan PN. 2% pengundi Melayu tidak keluar mengundi.
Artikel ini membentangkan analisis awal satu dimensi pengundian - sokongan berdasarkan kaum.
Ia hanya menumpukan pengundian di semenanjung dengan anggaran dari data makro di setiap kerusi, berbanding pusat mengundi yang lebih granular sifatnya. Analisis lebih mendalam (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan menyusul.
Dapatan awal menunjukkan kepentingan kerjasama antara gabungan - seperti antara BN dan PH - yang membawa perwakilan yang lebih meluas. Kedua-dua PH dan BN mengalami defisit dalam mewakili seluruh kaum.
Pengundian berdasarkan kaum kian meningkat
Rakyat Malaysia mengundi atas pelbagai sebab, namun corak dominan dari pembingkaian dan analisis terhadap pengundian itu adalah kaum. Ini antara lain kerana kempen digerakkan atas garis berkenaan.
Sementara kaum hanya terpapar pada 40 peratus corak pengundian pada 2018, ia lebih berhubung kait dengan pengundian sejak PRN Melaka pada 2021.
Ini antara lain kerana politik identiti kian digunakan untuk menarik pengundi, yang turut berlaku pada PRU15.
Bukan saja interaksi dengan pengundi dibuat menerusi rangka kaum, malah semakin ramai yang mengundi berdasarkan faktor kaum.
Ini bukan untuk menolak sisi analitikal lain - seperti generasi, gender, kelas, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar. Corak-corak ini akan diperhatikan, walaupun analisis penuh akan mengambil sedikit masa. Pengundian di Malaysia tidak seharusnya dilihat menerusi satu dimensi sahaja, walaupun dengan dimensi kaum yang dihuraikan.
Seperti semua analisis, perlu ada kaveat pada dapatan yang diperolehi. Ini adalah anggaran.
Analisis juga dibuat pada tahap makro, jadi tahap ketepatannya kurang berbanding menggunakan data pusat mengundi.
Berikut adalah dapatannya:
Perikatan Nasional
Gabungan diketuai Muhyiddin Yassin ini mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu di semenanjung, dengan anggaran 54 peratus.
Ia meningkat berbanding sokongan pengundi terhadap PAS pada 2018, iaitu 32 peratus. Ia juga meningkat berbanding sokongan ketika PRN Melaka dan Johor.
Ia mencerminkan kempen PN yang diuruskan dengan baik.
Namun, PN tidak mendapat sokongan yang bermakna dalam kalangan pengundi bukan Melayu, dengan anggaran 0.05 peratus untuk kedua-dua kaum (Cina dan India) pada 2022.
Maka, PN adalah gabungan yang hanya mendapat sokongan Melayu, dengan pengecualian terhadap anggaran lima peratus sokongan dari masyarakat lain, terutama Orang Asli.
Pakatan Harapan
Sokongan pengundi Melayu terhadap PH lebih rendah pada PRU15, iaitu anggaran 11 peratus berbanding anggaran 25 peratus pada 2018. Anggaran tahap sokongan ini sama dengan tahap sokongan semasa PRN Johor.
Lebih penting, ini merupakan anggaran bagi semenanjung secara keseluruhan. Jadi, tahap sokongan di setiap kerusi boleh jadi lebih tinggi (atau lebih rendah).
Kerjasama dengan BN telah meningkatkan asas sokongan Melayu terhadap kerajaan baru, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Anggaran sokongan pengundi bukan Melayu pula mencapai rekod tertinggi, dengan anggaran 94 peratus pengundi Cina dan 83 peratus pengundi India.
Ini antara lain boleh dijelaskan dengan mobilisasi kaum yang begitu menonjol sepanjang kempen, yang mempengaruhi semua kaum.
Barisan Nasional
BN kehilangan anggaran 10 peratus sokongan Melayu pada PRU15, yang menjadi faktor kekalahannya di banyak kerusi. Gabungan ini dianggarkan meraih 33 peratus sokongan pengundi Melayu, merosot berbanding 43 peratus pada PRU14.
BN juga dianggarkan hilang tiga peratus sokongan pengundi Cina dan dua peratus sokongan pengundi India.
Dapatan awal ini menunjukkan dua corak penting - polarisasi kaum dalam pengundian melibatkan PH dan PN, yang turut mencerminkan dinamik dalam kempen mereka.
Kedua, pencapaian BN adalah melebarkan, secara keseluruhan, perwakilan merentasi kaum di semenanjung.
Namun, corak-corak ini juga membangkitkn persoalan yang memerlukan analisis lanjut, terutama berkenaan bagaimana keadaan sosioekonomi memberi kesan kepada pengundian dan, lebih penting, kepentingan untuk para pemimpin di seluruh negara untuk berusaha merapatkan jurang antara kaum.
BRIDGET WELSH ialah Penyelidik Kehormat Institut Kajian Asia Malaysia (Unari) Universiti Nottingham. Dia juga penyelidik kanan di Hu Fu Centre for East Asia Democratic Studies dan felo kanan di The Habibie
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment