NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya Rafizi sendiri terciduk...

Rafizi Ramli akhirnya respon pendedahan saya berkenaan syarikat yang ditubuhkan Tony Pua mendapat kontrak pembangunan aplikasi Tabung Haji. Kemudian dia kata saya 'budak kecil' [1]

Memandangkan dia sudah masuk perangkap, maka saya akan tunjukkan pula yang dia ni sebenarnya budak tantrum

Pertama, Rafizi kata kontrak ini tiada isu sebab Silverlake adalah antara syarikat paling berjaya dalam sistem perbankan.

Masalahnya, yang dapat kontrak ini adalah CyberVillage (ditubuh Tony Pua). Bukan Silverlake. Yang cerita pasal kehebatan Silverlake ni pasal apa? 

Kalau betul Silverlake hebat dan tiada galang gantinya, maka kenapa tidak diberi kontrak ini terus kepada Silverlake sahaja? 

Kedua, Tabung Haji sepatutnya memberi peluang kepada syarikat bumiputera atau anak syarikatnya seperti Theta Edge Bhd dalam kontrak seperti ini. Inilah cara kita mengembangkan bakat anak bumiputera. Iaitu melalui penglibatan GLC bagi mencapai matlamat kerajaan. 

Contoh pada 2005, Pak Lah 'menggunakan' Khazanah bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia. Khazanah mula menggunakan sukuk sebagai cara utama meningkatkan dana pelaburan mereka ketika itu. Apabila pelabur besar seperti Khazanah terlibat, maka pelabur lain pun ikut sama.

Padahal sebelum itu pelabur lebih berminat dengan bon (riba)

Begitulah yang patut dibuat oleh Tabung Haji. Theta tu sendiri adalah public listed. Malah dengan kontrak seperti ini, Theta boleh jadi perintis dengan mengambil anak tempatan bumiputera sebagai pakar IT

Kalau setakat alasannya kerana Theta tiada lesen fintech (financial technology), maka pohon sajalah dengan Kementerian Kewangan. 

Tahun ini saja ada 5 syarikat dapat lesen fintech. Takkanlah anak-anak syarikat Tabung Haji ni cokia sangat zaman PH.

Ketiga, ini paling menarik. Rafizi kata Tony Pua tiada kaitan dengan kontrak tersebut sebab dia dah keluar daripada CyberVillage tahun 2006.

Sekarang saya nak tunjuk hipokrasi Rafizi.

Ingat tak 'pendedahan' Rafizi tentang syarikat Mangkubumi yang sedang dalam proses dapat kontrak RM2 bilion KASA di bawah DS Tuan Ibrahim? [2]

Rafizi kata syarikat ini adalah kroni UMNO. Sebab pemiliknya berkawan dengan DS Azeez Rahim dan pernah menjadi penasihat kepada NGO yang ditubuhkan oleh ahli parlimen Baling itu

Walhal DS Azeez TIDAK PERNAH memiliki saham dalam Mangkubumi, TIDAK PERNAH bekerja untuk Mangkubumi, TIDAK PERNAH menjadi Pengarah Mangkubumi dan TIDAK PERNAH terlibat dalam operasi Mangkubumi

Masih Rafizi kata Mangkubumi ini kroni UMNO

Tony Pua pula PERNAH terlibat menubuhkan CyberVillage, PERNAH bekerja untuk CyberVillage, PERNAH menjadi Pengarah CyberVillage, PERNAH memiliki saham majoriti dalam CyberVillage dan PERNAH terlibat dalam operasi CyberVillage. 

Tetapi Rafizi boleh pula mengatakan syarikat ini tiada kaitan dengan Tony pemimpin DAP

Inilah bukti betapa HIPOKRITNYA budak tantrum bernama Rafizi Ramli. 

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Pasir Puteh, Kelantan 

Rujukan:


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo