NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akar umbi Umno tolak calon kitar semula


KANGAR
: Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kerusi DUN Bintong memandangkan penyandangnya, Dato’ Seri Azlan Man hanya menang majoriti 847 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Malah beliau dikatakan berdepan masalah peribadi dan berlaku penolakan akar umbi terhadap kepimpinannya di DUN berkenaan.

Perkembangan yang berlaku itu memberi peluang lebih cerah kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) apabila menampilkan golongan profesional, Fakhrul Anwar Ismail di DUN berkenaan.

Fakhrul Anwar berkata, krisis kepimpinan Umno memberi peluang lebih cerah kepada PN memandangkan banyak cawangan Umno dikatakan tawar hati selepas Azlan dicalon sekali lagi.

“Mereka menganggap Menteri Besar Perlis sebagai calon kitar semula. Sebenarnya pada PRU14, DUN Bintong berpotensi dimenangi PAS, namun masih berpihak kepada Umno dengan jumlah majoriti kecil.

“Namun kali ini penyandang DUN berkenaan mengalami masalah untuk mengekalkan kerusinya disebabkan faktor peribadi dan ditolak akar umbi Umno,” katanya ketika ditemui di sini.

DUN Bintong menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila Azlan ditentang Fakhrul Anwar (PN), Azhari Ahmad (PH), Syazwan Suban (GTA), Mohamad Khair Mohd Noor (Warisan) dan Dato’ Hashim Suboh (Bebas).

PAS pernah menawan DUN berkenaan pada PRU6 (1982) yang diwakili Shuib Mohamad. Pada PRU14, PAS diwakili Abd Jamil Kamis yang memperoleh 2,695 undi.

Ujar beliau lagi, peluang tersebut akan digunakan bagi menarik seramai mungkin undi sekali gus menawan DUN Bintong.

Fakhrul Anwar, 51, lulusan Universiti Malaya dalam bidang perakaunan dan Diploma Matematik dan Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengaturcara dan Penganalisi Data di Hitachi, selain itu Pengurus Data dan Sistem pada 1996 dan HPA Industries pada tahun 1997 hingga 2000.

Selain itu Fakhrul pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi Arau, Perlis.

“Kita akan menggunakan peluang yang ada untuk menarik sokongan pengundi tegar Umno dan mengambil pendekatan menyantuni pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah.

“Di samping itu kita juga bekerja keras untuk mengekalkan jumlah undi yang diperolehi pada PRU14 dan menarik sokongan pengundi muda,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo