TAIPEI, 13 Nov (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia, pada Ahad berkata ia akan menyambung semula perkhidmatan dari Taipei ke Kuala Lumpur mulai 1 Dis, Taipei ke Sabah mulai 10 Dis dan Taipei ke Chiang Mai dari 15 Dis.
Pengumuman itu dibuat berikutan kembalinya perkhidmatan laluan Kaohsiung - Kuala Lumpur pada Sabtu, menurut agensi berita Central (CNA).
AirAsia memulihkan perkhidmatan di laluan itu selepas dua tahun setelah Taiwan melonggarkan sekatan sempadan yang diperkenal sejak awal pandemik COVID-19, bulan lepas.
Perkhidmatan AirAsia pasca pandemik pertama ke Taiwan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 5.25 petang. Sabtu, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung pada 9.55 malam, menurut syarikat penerbangan itu.
AirAsia mula terbang dari Taiwan pada 2004 dengan laluan Kuala Lumpur-Kaohsiung dan Kuala Lumpur-Taipei sentiasa popular, menurut syarikat penerbangan itu.
- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment