NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Said kecundang di Parlimen Kemaman 


KEMAMAN :
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tewas dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tewas kepada Che Alias Hamid yang menang bergaya dengan majoriti 27,179 undi. 

Che Alias yang juga merupakan penyandang kerusi parlimen itu memperoleh 65,714 undi manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. 

Dua lagi pencabarnya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani daripada  Pejuang memperoleh 506 undi. 

Pada PRU14, Che Alias menang dengan majoriti 2,163 undi selepas meraih undi sebanyak 39,878 dengan menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendapat 37,715 undi manakala calon PKR, Mohd. Huzaifah Md. Suhaimi memperoleh 12,911 undi. 

Keputusan tersebut diumumkan Pengurus Bahagian Pilihanraya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, malam.ini. – UTUSAN ONLINE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo