NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Zahid langgar ketetapan 'No Anwar, No DAP'?


LANGKAH Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu bergabung dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan untuk membentuk satu Kerajaan Persekutuan yang baru setelah Pilihan Raya Umum ke-15 memberikan satu gambaran yang jelas bahawa beliau mahu melanggar Usul Perhimpunan Agong Umno 2021 iaitu ‘No Anwar Ibrahim’ dan ‘No DAP’.

Usul ini bertujuan menghalang mana-mana pemimpin Umno daripada menjalankan kerjasama politik dengan Anwar ataupun DAP untuk membentuk Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana kerajaan negeri.

Tindakan Presiden Umno ini dengan amat jelas adalah satu cubaan untuk melanggar ketetapan yang diambil oleh Perhimpunan Agong Umno.

Ini juga dengan jelas melanggar prinsip tertinggi dalam mana-mana parti politik iaitu perhimpunan agung adalah badan pembuat dasar tertinggi parti.

Amat salah untuk Presiden Umno secara terang-terang mahu melanggar ketetapan Perhimpunan Agong Umno ini.

Jelas, Presiden Umno boleh dihadapkan ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menjawab dua tuduhan terhadap dirinya, iaitu;

(i)  Tindakan disiplin melanggar perintah dan ketetapan Perhimpunan Agong Umno pada tahun 2021, dan/atau;

(ii) Berhadapan dengan satu usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Presiden Umno.

Sekiranya usul ini diundi dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, secara automatik Zahid digugurkan keahlian serta jawatan Presiden Umno.

Jawatan Presiden secara automatik akan dipangku oleh Timbalan Presiden Umno sehinggalah ke satu tarikh pemilihan Umno akan diadakan. – 21 November, 2022.

Saiful Bahar,
pembaca The Malaysian Insight




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo