Assalamualaikum wbt. Saya ada pertanyaan berkenaan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang melibatkan rasuah serta korupsi menurut Islam. Setahu saya, hukuman kepada rasuah ni tiada dalam hukuman hudud, jadi ia akan jatuh kepada hukuman takzir la kan? Kalau hukuman takzir ni kira apa-apa hukuman yang sesuai atas keputusan mahkamah dan pemerintah. Maka persoalan saya, bolehkah pemerintah menjatuhkan sehingga hukuman mati kepada kesalahan rasuah dan korupsi? Mohon penjelasan daripada tuan mufti berkenaan isu ini.
Ringkasan Jawapan
Waalaikumussalam wbt. Rasuah dan korupsi merupakan jenayah yang termasuk dalam kategori hukuman takzir. Jumhur ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa had hukuman takzir tidak boleh melebihi had hukuman hudud, manakala Imam Malik pula berpendapat tiada had bagi hukuman takzir. Walaupun begitu, Imam Abu Hanifah mengharuskan hukuman mati dalam kes jenayah berat yang melibatkan kenegaraan ataupun kepentingan masyarakat awam yang besar. Dalam permasalahan ini, kita harus lihat sebesar manakah kadar jenayah korupsi dan rasuah itu dilakukan, kesan buruk kesalahan tersebut kepada masyarakat awam, dan apakah indikator kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman mati. Maka atas kebijaksanaan pemerintah (Ulil Amri) untuk menentukan hukuman yang setimpal dengan kadar korupsi tersebut. Wallahua’lam.
Huraian
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari akhirat. Dalam permasalahan korupsi dan rasuah pada zaman kini, antara faktor yang boleh diambil kira adalah kedua-dua jenayah tersebut merupakan dosa besar menurut Islam. Allah SWT telah memberi amaran terhadap perbuatan terkutuk ini menerusi firman-Nya:
ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ£ْŁُŁُŁŲ§ Ų£َŁ ْŁَŲ§ŁَŁُŁ ŲØَŁْŁَŁُŁ ŲØِŲ§ŁْŲØَŲ§Ų·ِŁِ ŁَŲŖُŲÆْŁُŁŲ§ ŲØِŁَŲ§ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁْŲُŁَّŲ§Ł ِ ŁِŲŖَŲ£ْŁُŁُŁŲ§ ŁَŲ±ِŁŁًŲ§ Ł ِّŁْ Ų£َŁ ْŁَŲ§Łِ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ِ ŲØِŲ§ŁْŲ„ِŲ«ْŁ ِ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ ْ ŲŖَŲ¹ْŁَŁ ُŁŁَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Surah al-Baqarah (188)
Hukuman terhadap kesalahan rasuah dan korupsi tidak termasuk di dalam hukuman hudud, maka ia dikategorikan sebagai hukuman takzir. Had hukuman takzir merupakan khilaf di kalangan ulama mazhab. Jumhur ulama mazhab seperti Imam Syafii, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah berpegang kepada asas hukuman takzir tidak boleh melebihi had minimum hukuman hudud iaitu hukuman 80 sebatan kepada peminum arak.[1] Manakala Imam Malik pula berpegang bahawa tiada had dalam melaksanakan hukuman takzir, maka dibenarkan untuk menjalankan had hukuman takzir sama ada kurang atau lebih banyak daripada had hukuman hudud.[2]
[Lihat: Fiqh al-Jina’i fil Islam, 4/422-423]
Menurut salah seorang ulama mutakhir Syafi’iyyah, Syeikh Abdul Rahman al-Ba’lawi, hukuman mati terhadap pembesar-pembesar negara kerana menzalimi rakyat adalah dibolehkan. Mereka ini dikiaskan sebagai lebih berbahaya daripada binatang buas di mana kemudharatan yang dibawa adalah lebih besar.[3]
[Lihat: Bughyah al-Mustarsyidin, 410]
Syeikh Abdul Karim Zaidan pula berkata terdapat kesalahan-kesalahan yang dibenarkan pelakunya untuk dibunuh, antaranya seperti kesalahan pengintip (melibatkan kenegaraan) yang mana dipersetujui oleh Imam Malik dan sebahagian ulama Hanabilah. Seterusnya kesalahan yang dilakukan berulang kali di mana jenis kesalahan itu membahayakan dan pelakunya layak untuk dibunuh; seperti kesalahan meliwat dan membunuh manusia demi mencuri hartanya. Demikian juga kesalahan yang mana tidak dapat disekat perbuatannya kecuali dengan dijatuhkan hukuman mati, seperti kesalahan memecah belahkan umat Islam dalam kenegaraan.[4]
[Lihat: Usul al-Dakwah, 295]
Persoalan yang boleh kita kemukakan daripada hujah di atas, adakah jenayah korupsi dan rasuah boleh dimasukkan dalam kategori kesalahan yang melibatkan kenegaraan? Syeikh Abu Zahrah berpendapat kesalahan mengambil harta orang dengan cara yang batil atau apa yang serupa dengannya, dimana jika dilakukan secara berterusan akan merosakkan negara dan masyarakat. Ini disebabkan tersebarnya budaya korup, hilangnya hak orang miskin yang memerlukan harta tersebut, para pelaku tidak menghormati keadilan, tersebarnya kezaliman, berlaku kerosakan kepada nusa dan bangsa, dan kekuasaan akan dipegang oleh orang-orang yang hidup dalam golongan korup tersebut.[5]
[Lihat: Zahrah al-Tafasir al-Mualaf, 2/568]
Mengikut justifikasi dan hujah di atas, maka kesalahan korupsi dan rasuah boleh dimasukkan dalam kategori jenayah yang melibatkan kenegaraan kerana melibatkan hak masyarakat awam. Berbalik kepada persoalan hukuman kepada kesalahan korupsi, Imam Abu Hanifah merupakan ulama yang berpendapat had hukuman takzir tidak boleh melebihi had hukuman hudud, namun beliau mempunyai pendapat berbeza dalam isu yang melibatkan jenayah yang besar.
Beliau berpendapat diharuskan hukuman mati terhadap kesalahan-kesalahan dan jenayah besar yang dilakukan berulang kali, serta kesalahan yang setimpal dengan balasan kematian. Contohnya kesalahan hukuman mati kepada jenayah kecurian dan rompakan yang berterusan, kesalahan pengintipan yang menggugat kedaulatan negara, kesalahan pemecah belah masyarakat orang Islam, kesalahan desakan atau seruan untuk mengikut kepada selain Allah SWT dan Rasulullah SAW, dan kesalahan jenayah yang tidak boleh dibalas kecuali dengan hukuman mati.[6]
[Lihat: Fiqh al-Maisir, 7/209-201]
Maka menjadi tanggungjawab yang besar kepada hakim dan pemerintah dalam menilai sesuatu jenayah yang melibatkan kenegaraan, serta memerlukan penelitian yang tinggi dalam mengkaji sesuatu kes. Ini juga bertepatan dengan kaedah fiqh:
ŲŖŲµŲ±Ł Ų§ŁŲ„Ł Ų§Ł Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲ±Ų¹ŁŲ© Ł ŁŁŲ· ŲØŲ§ŁŁ ŲµŁŲŲ©
Maksudnya: “Tindakah yang diputuskan pemerintah hendaklah berdasarkan kemaslahatan rakyat”.[7]
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, rasuah dan korupsi merupakan jenayah yang termasuk dalam kategori hukuman takzir. Jumhur ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa had hukuman takzir tidak boleh melebihi had hukuman hudud, manakala Imam Malik pula berpendapat tiada had bagi hukuman takzir. Walaupun begitu, Imam Abu Hanifah mengharuskan hukuman mati dalam kes jenayah berat yang melibatkan kenegaraan ataupun kepentingan masyarakat awam yang besar. Dalam permasalahan ini, kita harus lihat sebesar manakah kadar jenayah korupsi dan rasuah itu dilakukan, kesan buruk kesalahan tersebut kepada masyarakat awam, dan apakah indikator kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Maka atas kebijaksanaan pemerintah (Ulil Amri) untuk menentukan hukuman yang setimpal dengan kadar korupsi tersebut. Wallahua’lam.
[1] Amir Abdul Aziz, Al-Fiqh al-Jina’i fil Islam, (Kaherah: 2010), Cetakan Darul Salam.
ŁŁŲÆ Ų°ŁŲØ Ų§ŁŲ„Ł Ų§Ł Ų£ŲØŁ ŲŁŁŁŲ© ŁŲ§ŁŲ“Ų§ŁŲ¹Ł ŁŁ Ų§ŁŲøŲ§ŁŲ± Ł Ł Ł Ų°ŁŲØŁ ŁŲ£ŲŁ ŲÆ ŁŁ Ų§ŁŲ±Ų§Ų¬Ų Ł Ł ŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁ Ų£Ł Ų£ŁŲ«Ų±Ł Ł Ł ŲŁŲ« Ų§ŁŲ¶Ų±ŲØ ŲŖŲ³Ų¹Ų© ŁŲ«ŁŲ§Ų«ŁŁ Ų³ŁŲ·Ų§ ŁŁ Ų§ŁŲŲ±. ŁŲ§ŁŲ£ŲµŁ ŁŁ Ų°ŁŁ: Ų£Ł ŁŲ§ ŁŲŖŲ¬Ų§ŁŲ² Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± Ų£ŲÆŁŁ ŲŲÆ Ł Ų“Ų±ŁŲ¹ ŁŁŁ ŲŲÆ Ų§ŁŲ“Ų±ŲØ.
[2] Ibid.
Ų£Ł Ų§ Ų§ŁŲ„Ł Ų§Ł Ł Ų§ŁŁ, ŁŲ„ŁŁ ŁŲ§ ŲŲÆ Ų¹ŁŲÆŁ ŁŲ£ŁŲ«Ų± Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ±, ŁŁŲ¬ŁŲ² Ų£Ł ŁŲŖŲ¬Ų§ŁŲ² Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± Ų¹ŁŲÆŁ Ų£ŁŲ«Ų± Ų§ŁŲŲÆŁŲÆ. ŁŁŁŁ Ų§ŲØŁ Ų¬Ų²Ł ŁŁ ŁŲ°Ų§ Ų§ŁŲµŲÆŲÆ: ŁŲ¬ŁŲ² ŁŁ Ł Ų°ŁŲØ Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± ŲØŁ Ų«Ł Ų§ŁŲŲÆŁŲÆ, ŁŲ£ŁŁ ŁŲ£ŁŲ«Ų± Ų¹ŁŁ ŲŲ³ŲØ Ų§ŁŲ„Ų¬ŲŖŁŲ§ŲÆ.
[3] Abdul Rahman al-Ba’lawi, Bughiyyah al-Mustarsyidin, (Beirut: 1994), Cetakan Darul Fikri
ŁŲ¬ŁŲ² ŁŲŖŁ Ų¹Ł Ų§Ł Ų§ŁŲÆŁŁŲ© Ų§ŁŁ Ų³ŲŖŁŁŁŁ Ų¹ŁŁ ŲøŁŁ Ų§ŁŲ¹ŲØŲ§ŲÆ Ų„ŁŲŲ§ŁŲ§ ŁŁŁ ŲØŲ§ŁŁŁŲ§Ų³Ł Ų§ŁŲ®Ł Ų³ Ų„Ų° Ų¶Ų±Ų±ŁŁ Ų£Ų¹ŲøŁ
[4] Abdul Karim Zaidan, Usul al-Dakwah, (2001), Cetakan Muassasah al-Risalah,
Ų£Ł Ų§ ŁŲŖŁ Ų§ŁŲ¬Ų§Ų³ŁŲ³ Ų§ŁŁ Ų³ŁŁ Ų§ŁŲ°Ł Ų£Ų¬Ų§Ų²Ł Ł Ų§ŁŁ ŁŲØŲ¹Ų¶ Ų§ŁŲŁŲ§ŲØŁŲ© ŁŁŲÆ Ł ŁŲ¹Ł Ų§ŁŲ“Ų§ŁŲ¹Ł. ŁŲ£ŲØŁ ŲŁŁŁŲ© -Ų±ŲŁ Ł Ų§ŁŁŁ ŲŖŲ¹Ų§ŁŁ- ŁŲ¬ŁّŲ² Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± ŲØŲ§ŁŁŲŖŁ ŁŁ Ł ŁŲ§Ų¶Ų¹، Ł ŁŁŲ§: ŁŁŁ Ų§ ŲŖŁŲ±َّŲ± Ł Ł Ų§ŁŲ¬Ų±Ų§Ų¦Ł Ų„Ų°Ų§ ŁŲ§Ł Ų¬ŁŲ³Ł ŁŁŲ¬ŲØ Ų§ŁŁŲŖŁ، ŁŁ Ų§ ŁŁŲŖŁ Ł Ł ŲŖŁŲ±َّŲ± Ł ŁŁ Ų§ŁŁŁŲ§Ų· Ų£Ł Ų§ŲŗŲŖŁŲ§Ł Ų§ŁŁŁŁŲ³ ŁŲ£Ų®Ų° Ų§ŁŁ Ų§Ł.
ŁŁ Ł ŁŁ ŁŁŲÆŁŲ¹ ŁŲ³Ų§ŲÆŁ ŁŁ Ų§ŁŲ£Ų±Ų¶ Ų„ŁŲ§ ŲØŁŲŖŁŁ Ų¬Ų§Ų² ŁŲŖŁŁ، Ł Ų«Ł Ų§ŁŁ ŁŲ±Ł ŁŲ¬Ł Ų§Ų¹Ų© Ų§ŁŁ Ų³ŁŁ ŁŁ
[5] Syeikh Abu Zahrah, Zahrah al-Tafasir al-Mualaf, Cetakan Darul Nasyr: Darul Fikri al-Arabi,
ŁŲ£Ų®Ų° Ų£Ł ŁŲ§Ł Ų§ŁŁŲ§Ų³ ŲØŲ§ŁŲØŲ§Ų·Ł ، ŁŲ“ŁŁŲ¹ Ų°ŁŁ ، ŁŲ§Ų³ŲŖŁ Ų±Ų§Ų¤Ł ŁŁŲŖŁ Ų§ŁŲ£Ł Ų© ; ŁŲ£ŁŁ ŁŲ“ŁŲ¹ ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŲ³Ų§ŲÆ ، Ų¶ŁŲ§Ų¹ Ų§ŁŲŁŁŁ ، ŁŲ£ŁŲ§ ŁŲŲŖŲ±Ł Ų§ŁŲ¹ŲÆŁ ، ŁŁŲ³ŁŲÆ Ų§ŁŲøŁŁ ، ŁŲØŲ°ŁŁ ŲŖŁŁŁ Ų§ŁŲ£Ł Ł ، ŁŲŖŲ°ŁŲØ ŁŁŲŖŁŲ§ Ų£Ł Ų§Ł Ł Ł ŁŲŖŲ±ŲØŲµ ŲØŁŲ§ Ų§ŁŲÆŁŲ§Ų¦Ų±
[6] Abdullah bin Muhammad al-Mutlaq, Fiqh al-Maisir, (Riyadh: 2011), Cetakan Madar al-Watan lin Nasyr,
ŁŁŲ¬ŁŲ² Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų” Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± ŁŁŁŁŁŁ ŁŲ®ŲŖŁŁŁŁ ŁŁ Ų§ŁŲ¬Ų±ŁŁ Ų© Ų§ŁŲŖŁ ŲŖŲ³ŲŖŲŁ Ų§ŁŁŲŖŁ ŁŲ£Ų¬Ų§Ų² Ų£ŲØŁ ŲŁŁŁŲ© Ų§ŁŲŖŲ¹Ų²ŁŲ± ŲØŲ§ŁŁŲŖŁ ŁŁŁ Ų§ ŲŖŁŲ±Ų± Ł Ł Ų§ŁŲ¬Ų±Ų§Ų¦Ł Ų§ŁŲŖŁ ŁŲ¬ŲØ ŁŁ Ų¬ŁŲ³ŁŲ§ Ų§ŁŁŲŖŁ، Ł Ų«Ł Ų§ŁŁŲŖŁ ŲØŲ§ŁŁ Ų«ŁŁ ŁŁŲŖŁ Ų§ŁŲ³Ų§Ų±Ł Ų³ŁŲ§Ų³Ų© Ų„Ų°Ų§ ŲŖŁŲ±Ų± Ł ŁŁ, ŁŁŲ±Ł ŲØŲ¹Ų¶ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų” Ų£Ł Ł Ł ŲŖŁŁ Ų§ŁŲ¬Ų±Ų§Ų¦Ł ŁŲŖŁ Ų§ŁŲ¬Ų§Ų³ŁŲ³ ŁŁŲŖŁ Ų§ŁŁ ŁŲ±Ł ŁŲ¬Ł Ų§Ų¹Ų© Ų§ŁŁ Ų³ŁŁ ŁŁ، ŁŲ§ŁŲÆŲ§Ų¹Ł Ų„ŁŁ ŲŗŁŲ± ŁŲŖŲ§ŲØ Ų§ŁŁŁ ŁŲ³ŁŲ© ŁŲØŁŁ - ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ - ŁŲŗŁŲ± Ų°ŁŁ Ł Ł Ų§ ŁŲ§ ŁŁŲÆŁŲ¹ Ų„ŁŲ§ ŲØŲ§ŁŁŲŖŁ
[7] Syeikh Abdullah Said al-Lahji, Idhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, (Kuwait:2014), Cetakan Dar al-Deeya
Sumber : https://muftiwp.gov.my/
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment