NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada orang Umno sendiri mahu kecilkan kemenangan BN - Haji Hadi


PRU15 | Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa ada kalangan orang Umno mahu mengecilkan kemenangan Barisan Nasional (BN) sendiri dalam PRU ke-15 nanti.

Tindakan itu katanya, demi membesarkan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk meraih kemenangan dan kedua-dua parti itu boleh bergabung bagi membentuk kerajaan.

"Kita dapat maklumat, ada kalangan orang Umno yang mahu mengecilkan kemenangan Umno (BN) dan membesarkan kemenangan PH supaya boleh bergabung dengan PH dengan tujuan untuk membebaskan diri bukan untuk jaga rakyat.

"Kita tegas tidak akan bersama PH," katanya pada sidang media ketika menghadiri majlis pengumuman calon-calon Perikatan Nasional (PN) negeri Kedah di Alor Setar, malam tadi.




Sementara itu, ditanya jika PAS bersetuju mencalonkan Shahidan Kassim (gambar, atas) sebagai calon PN bagi Parlimen Arau, Abdul Hadi berkata dia belum menerima cadangan perkara itu daripada PAS Perlis.

"(Kita nak) calon yang boleh menang dan dia boleh berubah sepanjang masa. Belum dapat nama, baca berita sahaja. Tenggok hari Sabtu nanti," katanya.

Terdahulu, Shahidan yang juga penyandang kerusi parlimen Arau daripada Umno itu nekad untuk terus bertanding dalam pilihan raya umum 19 November nanti walaupun tidak dinamakan sebagai calon BN kali ini.

Namun, dia masih berteka-teki berkaitan lambang yang akan digunakannya dan memberitahu hanya tiket “penyatuan Umno, Bersatu dan PAS" yang tersedia untuknya sekarang.

"Bertanding atas (tiket) apa tu awak interpret (tafsir) sendirilah tapi PAS akan sokong saya, Umno akan sokong saya, Bersatu akan sokong saya.

"Parti apa? Fikir-fikirkanlah," katanya.


Sumber I Malaysiakini 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo