NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Jo selar PN mungkir janji tanding di Sarawak

Abang Johari Openg berkata Perikatan Nasional berjanji tidak akan meletakkan calon di Sarawak pada PRU15.

PETALING JAYA: Abang Johari Openg yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak menyelar Perikatan Nasional kerana mungkir janjinya tidak bertanding di kerusi Sarawak pada pilihan raya umum ke-15.

Beliau dipetik Borneo Post sebagai berkata, gabungan itu melanggar perjanjian antara kedua-dua parti.

Ketika krisis politik di Semenanjung Malaysia, Abang Johari berkata, PN meminta bantuan GPS untuk menyokong gabungan itu apabila Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri.

“Tetapi kini, pilihan raya sudah tiba dan mereka memutuskan untuk menghantar empat calon bertanding menentang GPS. Janji perlu ditepati,” katanya dalam satu majlis.

Beliau berkata, hanya melalui parti tempatan Sarawak, kerajaan dapat melindungi kepentingan negeri itu.

“Tidak ada kompromi. Jika anda datang, kami akan lawan anda demi masa depan generasi muda kami.”

Rabu lalu, PN mengumumkan ia akan bertanding empat kerusi Parlimen di Sarawak, iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.

Abang Johari turut menggesa pengundi Lubok Antu membuat pilihan tepat kerana GPS akan memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu.

Rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 Nov ini, dengan pengundian awal pada 15 Nov.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo