NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 maut dalam tembakan di dua sekolah di Brazil

Pakar jenayah membawa mayat mangsa tembakan di sebuah sekolah di Aracruz, Negeri Espirito Santo, Brazil. - Foto AFP


BRAZIL: Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk seorang remaja perempuan terbunuh dan 11 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah dua sekolah di tenggara Brazil, menurut pegawai. 

Pihak berkuasa di bandar Aracruz, di negeri Espirito Santo, berkata suspek melepaskan tembakan ke arah sekumpulan guru di sekolah pertama hingga membunuh dua wanita dan mencederakan sembilan orang lain.

Datuk Bandar, Luis Carlos Coutinho, berkata suspek kemudian pergi ke sekolah lain dan membunuh seorang remaja perempuan dan mencederakan dua orang lain. 

Gabenor negeri, Renato Casagrande, berkata pihak berkuasa berjaya menahan suspek selepas diburu dan akan menyiasat motif kejadian itu.

Kejadian tembakan di sekolah agak jarang berlaku di Brazil, tetapi meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Tembakan sekolah terburuk di Brazil hingga menyebabkan 12 kanak-kanak maut ialah pada 2011, apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di bekas sekolah rendahnya di pinggir bandar Rio de Janeiro, Relengo, kemudian membunuh dirinya sendiri. 

Pada 2019, dua bekas pelajar menembak mati lapan orang di sebuah sekolah menengah di Suzano, di luar Sao Paulo, kemudian membunuh dirinya. 

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menyifatkan kejadian tembakan terbaru sebagai 'tragedi yang tidak masuk akal'.

"Saya sedih mengetahui serangan itu. Semua solidariti saya kepada keluarga mangsa dan sokongan kepada Gabenor Casagrande untuk siasat dan bantuan kepada dua komuniti sekolah," tulisnya dalam ciapan di Twitternya. 

Lula, yang sebelum ini menjadi presiden Brazil dari 2003 hingga 2010, kembali memegang jawatan pada 1 Januari selepas menewaskan Presiden sayap kanan, Jair Bolsonaro dalam pilihan raya bulan lalu. 

Beliau mengkritik secara tajam sekatan dramatik Bolsonaro terhadap undang-undang kawalan senjata. - AFP







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo