NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

29 ahli Parlimen BN didakwa tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10


KUALA LUMPUR :
Kesemua 29 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kecuali Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber, SD tersebut dipercayai ditandatangani pada malam tadi dengan diuruskan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tindakan ke semua ahli Parlimen berkenaan didakwa kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO yang dipercayai ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Hal tersebut selaras dengan undang-undang larangan Ali Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. –UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo