NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

26.6 peratus masyarakat Cina adalah rasional dan 16.5 peratus mengalami kelesuan politik - Huayan Policy Institute


KUALA LUMPUR:
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November nanti, banyak kaji selidik dilakukan untuk mengetahui sikap pengundi di seluruh negara.

Kaji selidik yang dilakukan meliputi beberapa perkara yang akan menentukan sikap pengundi ketika menunaikan tanggungjawab mereka di peti undi nanti.

Sikap pengundi ini juga boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana mereka akan membuat keputusan dalam pesta demokrasi pada 19 Nov nanti.

Sebanyak 26.6 peratus responden masyarakat Cina yang ditemui Huayan Policy Institute dan Centre for Malaysian Chinese Studies adalah rasional dan mereka akan mendapat maklumat daripada pihak yang berbeza.

Manakala 16.5 peratus pengundi Cina mengalami kelesuan politik, mereka tidak fikir ada perbezaan antara pemimpin dan parti.

Sementara 6 peratus pengundi Cina mengikuti cadangan daripada orang lain, manakala 3.1 peratus responden adalah Cina sentrik yang hanya akan memilih calon Cina.

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro AWANI, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star, dan Malaysian Nanban.

Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo