NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

18-0 BN di Perlis, Azlan masih kunci mulut


KANGAR:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man masih mengambil pendekatan berdiam diri berhubung kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan parti itu kalah di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri ini.

Selepas empat hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlalu, Azlan yang juga bekas Menteri Besar masih belum tampil membuat sebarang kenyataan media di sebalik desakan di peringkat akar umbi yang mahu beliau mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk itu.

Keputusan PRU15 Sabtu lalu, menyaksikan BN gagal memenangi sebarang kerusi sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen sekali gus menyaksikan pencapaian terburuk parti itu dalam sejarah pilihan raya selain hilang penguasaan di negeri ini selepas lebih 60 tahun. 

Malah, Azlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar turut tewas di kerusi DUN Bintong dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya bersama bahagian-bahagian UMNO di negeri ini menggesa Azlan mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan ekoran kekalahan cukup memalukan apabila gagal memperolehi walau satu kerusi sekali pun.

“Sangat memalukan dalam sejarah BN di negeri ini kita tewas 15-0 di kerusi DUN selain kesemua tiga Parlimen.

“Kita terima kekalahan ini dan apa yang berlaku adalah penolakan besar-besaran rakyat terhadap BN dan kita kena terus muhasabah. Reset semula UMNO dan tampil bebas khususnya dalam soal integriti,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hairi Noor Mohammed turut mengesa agar Azlan segera melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, umum mengetahui kekalahan memalukan BN di Perlis adalah berpunca dari sikap Azlan dan Presiden UMNO sendiri yang mengatur strategi yang sangat tidak masuk akal di negeri ini.

“Dengan ini, kami mendesak supaya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis (Azlan) dan Presiden UMNO meletakkan jawatan secara bermaruah serta bertanggungjawab dengan kekalahan memalukan ini,” katanya.

Sebagai rekod, Azlan mengetuai UMNO negeri buat pertama kali bagi mendepani PRU15 selepas sebelum ini parti itu diketuai oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Azlan menggantikan Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri pada tahun lalu. – UTUSAN



Komen: .Orang ajak bermuafakat, mereka khianat sahabat dan Shahidan orang kuat mereka sendiri




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo