NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1,000 orang muflis dalam sebulan



PETALING JAYA:
Sekurang-ku­rangnya 1,000 rakyat Malaysia dianggarkan muflis setiap bulan kerana tidak mampu melangsaikan hutang sejak kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, kesan pandemik Covod-19 masih terasa dan kenaikan OPR memudaratkan lagi keadaan rakyat.

“Kebanyakan rakyat yang terkena tempias adalah yang bergaji sederhana dalam kelompok RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan yang mempunyai keluarga yang besar.

“Hampir semua golongan umur termasuk dalam kategori yang boleh diisytiharkan muflis terutamanya usia antara 20 tahun hingga 50 tahun yang memiliki rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), BNM membuat keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, iaitu kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini.

Berikutan kenaikan terbaharu itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

Rosland berkata, kadar muflis dapat dikurangkan di Malaysia sekiranya pegawai bank mengambil inisiatif ke arah langkah tersebut.

“Mengapa pegawai bank enggan melakukan perundi­ngan dan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat serta sama-sama mencari solusi.

“Semasa melakukan pemasaran bagi pinjaman, ba­nyak promosi yang ditawarkan tetapi bila tidak dibayar, bank tidak ambil peduli untuk berunding.

“Ini adalah kelemahan pegawai bank sendiri kerana tidak pernah turun padang dan bertanya kepada peminjam masalah yang dihadapi dan bagaimana boleh dibantu,” katanya.

Rosland berkata, beliau sen­diri menerima 10 hingga 15 panggilan telefon setiap hari dan ini tidak termasuk pegawai-pegawai yang lain.

Katanya, kebanyakan me­ngadu nasib dan meminta nasihat, ada juga yang hampir bunuh diri kerana tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi disebabkan hutang.

“Dijangka keadaan akan le­bih teruk sekiranya OPR naik ke 3.00 peratus pada Januari 2023, sudah pasti lebih ramai akan diisytiharkan muflis.

“Saya akan berjuang sehabis mungkin untuk membantu rak­yat kerana saya percaya setiap permasalahan pasti ada solu­sinya,” ujarnya. – UTUSAN






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo