NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zuraida pertahan Parlimen Ampang


PETALING JAYA:
Presiden sementara Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zuraida yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi berkata demikian mengenai kemungkinan beliau akan mempertahankan kerusi disandangnya sejak 2008.

“Insya-Allah, saya akan pertahankan kerusi Parlimen Ampang,” katanya pada sidang media.

Bekas naib presiden PKR itu sebelum ini bertanding bawah tiket PKR pada PRU lalu sebelum meninggalkan parti itu bersama bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa Ahli Parlimen PKR lain dalam Langkah Sheraton, pada Februari 2020.

Ketika ditanya mengenai status permohonan partinya menyertai Barisan Nasional (BN), beliau berkata sebarang kerjasama dengan BN bakal terjawab sehingga hari penamaan calon pada 5 Nov.

Selain itu, ketika diajukan soalan mengenai keputusan Presiden PKR Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun dan bukan di Ampang, Zuraida mengucapkan “selamat maju jaya”.

“All the best (selamat maju jaya),” katanya.

Khamis lalu, Anwar mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun.

Sebelum itu, timbul desas-desus mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kerusi disandang “pengkhianat”.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo