NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid janji tiada balas dendam dalam pemilihan calon


BOLEH PERCAYA KE JANJI ZAHID? KJ DAH KENA HALAU...

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berjanji bahawa tidak akan ada sebarang elemen balas dendam dalam pemilihan calon menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Berucap di hadapan hampir 3,000 pemimpin dan ahli komponen BN di Bagan Datuk, dia berkata pemilihan calon pada kali ini berdasarkan kriteria terbaik daripada kalangan terbaik.

"Dalam hal membawa wajah baru (calon Umno), kita telah merundingkan bersama dengan 'Top 5', iaitu, presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. 

“Kami yakin keputusan untuk memilih calon ini adalah satu keputusan penuh kebijaksanaan dan tidak ada elemen balas dendam kepada mana-mana individu,” katanya.

Dia berkata demikian di majlis “Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran” bersama BN di Bagan Datuk, Perak, petang tadi.

Difahamkan, ucapan Zahid itu merujuk kepada pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan keputusannya menarik balik sokongan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini dan desakan mengadakan pemilihan awal.

Zahid semalam berkata BN akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

‘PRN dan PRK bukan penanda aras’

BN meraikan kemenangan mereka dalam PRN Johor pada Mac lalu

Sementara itu, Zahid selaku penyandang kerusi parlimen Bagan Datuk berkata BN tidak boleh menggunakan kemenangan pada PRN Johor dan Melaka sebelum ini sebagai penanda arus.

“Jangan jadikan pengalaman kita dalam PRK dengan kejayaan 7-0 juga dijadikan sebagai penanda arus.

"Saya rasakan kesyukuran apabila kita memenangi PRK dan PRN.

"Namun, kali ini dengan kerja keras dengan penuh bijaksana dan pada hemat saya apa pun keadaan yang akan datang semangat kita BN berada dalam keadaan luar biasa dan kejayaan sedang menanti kita," katanya dengan sorakan gemuruh hadirin.

Doa orang yang dizalimi 

Sementara itu, Zahid mendakwa banyak anasir buruk cuba menjatuhkan BN.

“Ingat bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab,” katanya.

“Doalah dengan usaha, Allah SWT akan mustajabkan orang yang berdoa dengan ikhlas terutama orang yang dizalimi” katanya lagi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo