NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid belum terniat tak mahu bertanding PRU


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menafikan yang dia tidak akan bertanding dalam pilihan paya umum budal depan.

Sebaliknya penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk mendakwa khabar yang mengaitkan dia dengan langkah tidak menyertai PRU itu merupakan spekulasi semata-mata.

Kata Ahmad Zahid, dia akan berunding mengenai pencalonannya dalam tempoh terdekat, iaitu sebelum hari penamaan calon pada 5 Nov akan datang.

"Saya tak tahu di mana punca dan sumber menulis (berita) begitu. Saya fikir elok tanya orang atau kumpulan itu.

"Saya berlum terniat melakukan sedemikian (tak tanding)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran dan pelancaran Jentera BN Terengganu di di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid tidak akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu.

Menurut portal tersebut, mereka difahamkan tempat Ahmad Zahid akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah, atau pun orang kanannya sendiri.

Menurut laporan itu, ahli politik berusia 69 tahun itu membuat keputusan tersebut sebagai pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan.

Akhbar itu juga melaporkan langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh Umno bahagian kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi PRU ke-15.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, dipetik Umno Online sebagai berkata tiada sebarang kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh Ahmad Zahid, malah menyifatkannya sebagai propaganda politik.

Kata Ahmad Zahid apa yang penting buat Umno-BN kini ialah mengetengahkan calon yang boleh memberi kemenangan kepada mereka dalam PRU kali ini.

Tidak kurang penting, menurut bekas timbalan perdana menteri itu, ialah menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru sama ada di peringkat parlimen atau kerusi dewan undangan negeri.

Untuk rekod, pada 23 Sept lalu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah tinggi atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bagaimanapun dia sedang berada di peringkat membela diri bagi 47 pertuduhan lain, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo