ISTANBUL: Penyanyi kelahiran Britain, Yusuf Islam menghadiahkan gitar miliknya kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Memetik laporan TRTWorld, pemuzik terkenal yang dahulu dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978 dilihat menyerahkan gitar ketika Presiden Erdogan menghadiri konsertnya di Kompleks Presiden di Ankara, baru-baru ini.
Menurut Yusuf, dia pernah berjanji datang ke Turkiye untuk membuat persembahan istimewa di sana.
“Saya berkata, saya akan…suatu hari nanti datang ke Turkiye. Jadi saya mahu memenuhi janji itu. Dan sekarang selepas konsert pertama saya, saya berasa sangat, sangat, sangat lega dan sangat santai,” katanya kepada Agensi Anadolu.
Yusuf Islam yang tampil membuat persembahan buat pertama kali di negara itu merupakan salah seorang penyanyi di Festival BeyoÄlu Culture Road Istanbul.
Dalam pada itu, wanita pertama Turkiye, Emine Erdogan menulis di Twitter beliau berbesar hati menjadi tuan rumah kepada persembahan pemuzik terkenal dunia, Yusuf Islam dan keluarganya yang turut datang ke Turkiye.
“Beliau menyentuh hati kami dengan karya seninya yang dicerminkan melalui bahasa muzik universal,” kata Emine ErdoÄan di Twitter.
Dalam ciapan di Twitter, beliau turut berkongsi foto dimana suaminya memegang gitar milik Yusof Islam.
Yusuf Islam terkenal dengan karya hit antaranya Father and Son, Morning Has Broken, Moonshadow, Peace Train dan banyak lagi.
Di puncak populariti, Yusuf Islam yang dahulu dikenali sebagai Cat Steves memeluk agama Islam pada 1977. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Islam.
Yusuf kembali ke persada muzik pop pada 2006 dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop berjudul An Other Cup.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment