NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan ‘gempur’ tiga Parlimen, enam DUN di Perlis


KANGAR:
Parti Warisan Sabah (Warisan) yang baharu bertapak di negeri ini mengesahkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perlis.

Pengerusi Warisan negeri, Datuk Abd. A’zib Saad berkata, tiga kerusi Parlimen tersebut adalah Kangar, Arau dan Padang Besar manakala enam kerusi DUN pula membabitkan Titi Tinggi, Mata Ayer, Kuala Perlis, Kayang, Pauh dan Simpang Empat.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan bagi pertambahan kerusi, ia akan diumumkan sewaktu hari penamaan calon nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjelang PRU-15 menyaksikan Warisan bakal mengetengahkan calon buat kali pertama di Perlis selepas dilancarkan di negeri ini pada Julai lalu oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas mengenai calon yang bakal mewakili parti itu, A’zib berkata, terdapat kombinasi gandingan muka lama dan baharu telah ditetapkan untuk bertanding dan diyakini dapat menjadi taruhan terbaik buat parti bagi memenangi PRU15,” katanya.

Tambahnya, kepemimpinan Warisan di peringkat negeri buat masa ini sedang dalam proses bagi melengkapkan logistik dalam menghadapi perang PRU15.

“Jentera dan jawatankuasa parti juga sudah dibentuk di kawasan-kawasan yang bakal kita tandingi nanti,” katanya. – UTUSAN







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo