NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita PKR bengang pemimpin AMANAH terpalit kes cabul dicalonkan


Pemimpin PKR, wanita muda mangsa gangguan seksual kecam tindakan PH namakan pemangsanya sebagai calon #klustermahkamah kes seksual ugut keluar parti…

Bawah adalah kenyataannya

PH Calonkan Pemimpin Terpalit Kes Mahkamah

21 Oktober 2022

  1. Saya ingin menzahirkan rasa kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Pakatan Harapan(PH) yang menamakan Faiz Fadzil sebagai calon di Parlimen Tampin. Seperti sedia maklum, ahli politik berkenaan masih mempunyai kes mahkamah berkenaan g@nggu@n s3ksu@l yang dijangka akan dibicarakan bermula 6 hingga 9 Disember ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5922343721143710&id=100001044236154

  1. Walaupun saya yang melakukan laporan terbabit tahun lepas, serangan demi serangan telah dilakukan terhadap diri saya dengan menuduh saya g1la, cubaan menjatuhkan karier politik beliau dan sebagainya malah ada juga cubaan memaksa saya menerima peguam dari parti tersebut semenjak tahun lepas. Namun hari ini yang terbukti adalah sebaliknya, malah ada juga sebaran dalaman menyatakan kes tersebut NFA walaupun ia masih berjalan.
  2. Saya hairan dengan sikap Majlis Presiden PH yang diam membisu sedangkan beliau kini adalah ADUN Permatang Pasir dan sedang berhadapan isu mahkamah. Walaupun perbicaraan ini masih belum berjalan tetapi ia memberi persepsi dan imej tidak baik kepada PH khususnya yang sebelum ini juga memperjuangkan isu-isu gangguan seksual, hak-hak wanita, kesihatan mental dan sebagainya. PH perlu lebih baik dalam menentukan kompas moral pemimpin mereka jika ingin kekal relevan supaya kita tidak mengulangi hal yang sama seperti mana pemimpin dari parti pemerintah.
  3. Saya pastinya terkesan dengan perkembangan ini, ia memberi isyarat tidak baik kepada sesiapa sahaja yang memperjuangkan isu ini kerana pada akhirnya yang mempunyai kuasa akan terus menindas orang lain sama seperti apa yang berlaku saat ini. Para pemimpin PH diam menikus tentang isu gangguan seksual tersebut malah sengaja memberi tekanan emosi dan psikologi kepada saya.
  4. Saya juga akan mempertimbangkan kedudukan saya dalam parti jika mereka berterusan membenarkan saya dibuli dan diperkotak-katikkan sesuka hati. Saya merasakan adalah tidak adil untuk saya didiamkan hanya kerana bersuara. Saya mengkritik mana-mana pihak yang bersuara bagi pihak saya tanpa mendapat keizinan daripada diri saya. Sebagai anak muda besar hati saya melihat politik yang diperjuangkan daripada pakatan pembangkang berbentuk politik nilai bukannya politik perebutan kuasa tanpa menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan parti.

Sekian terima kasih.

Yuslaini Azmi
21 Oktober 2022

....
https://mediafastaqim.com



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo