TELUK INTAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap, dekat sini, malam ini.
Wanita berusia 29 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan yang yang berlaku jam 9 malam itu.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun turut cedera.
Identiti kedua-dua mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pasukan itu menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 9.04 malam.
“Semasa sampai di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Proton Persona terbabas di dalam parit, dipercayai hilang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba kemudian menaikkan mangsa menggunakan tali dan ‘spine board’.
“Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Noor Ahmad Mohd Shariff itu tamat jam 10 malam.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment