NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Larikan Diri Lepas Ditanam Hidup-hidup Oleh Suami


Seorang wanita berjaya larikan diri dalam keadaan berlumuran darah selepas ditikam suaminya di dada dan ditanam hidup-hidup di dalam hutan dalam kejadian di Washington, Amerika Syarikat (US) baru-baru ini.

Lapor The Guardian, kejadian berlaku semasa lelaki itu menyerang mangsa ketika kedua-duanya sedang berbincang mengenai perceraian dan wang yang perlu dibahagikan.

Pegawai Polis Daerah Thurston dihantar ke sebuah rumah sekitar jam 1 pagi waktu tempatan pada Isnin dan menemui seorang wanita yang bersembunyi di sebalik bangsal sambil menjerit.

“Suami saya cuba membunuh saya,” katanya, memetik kenyataan kes menerusi dokumen mahkamah.

Menurut pemfailan mahkamah, wanita itu telah diikat dengan pita pelekat di leher, kaki dan buku lalinya sebelum dia ditanam hidup-hidup dalam tanah.

“Terdapat lebam yang meluas di kaki, lengan dan kepalanya serta pakaian dan rambutnya dipenuhi kotoran,” katanya menerusi kenyataan dokumen tersebut.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia menghantar pemberitahuan kecemasan kepada kenalan rapatnya menggunakan jam tangan Apple dan berjaya menghubungi 911, namun tidak dapat berkomunikasi lebih lanjut kerana mulutnya ditutup.

Kemudian, suaminya memecahkan jam itu dengan tukul dan memandu ke kawasan hutan tempatan dan mula menggali lubang sebelum menikamnya beberapa kali di dada dan mengheretnya ke dalam lubang serta menutupnya dengan pokok.

“Selepas dimasukkan ke dalam tanah, dia dapat mendengar suaminya berjalan di sekeliling lubang dan meletakkan tanah di atasnya,” menurut kenyataan kes itu.

Wanita itu turut memaklumkan kepada polis bahawa dia telah dikebumikan selama beberapa jam sebelum berjaya meleraikan pita pelekat dari tangannya dan melarikan diri dari lubang tersebut.

Dia berlari hampir 30 minit sehingga dirinya menemui sebuah rumah dan memohon bantuan penghuninya untuk menghubungi talian kecemasan 911.

Suaminya akhirnya ditahan lewat pagi pada hari yang sama selepas polis menemuinya di dalam van yang berhampiran tempat mendaki tempatan tidak jauh dari situ.

Lelaki itu menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk cubaan membunuh peringkat pertama dan penculikan peringkat pertama. Dia ditahan tanpa jaminan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo