NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita bunuh, penggal kepala balu warga emas untuk warisi harta


LONDON:
Seorang pengamal osteopati warga United Kingdom (UK) didakwa menggunakan kemahiran pembedahan perubatan dimiliki untuk memenggal kepala seorang rakan selepas membunuh mangsa dalam cubaan 'jahat' untuk mewarisi hartanya.

Jemma Mitchell dihukum penjara 34 tahun, semalam, setelah didapati bersalah melakukan jenayah itu yang menggemparkan Britain.

Wanita itu didakwa membuat perancangan dan membunuh Mee Kuen Chong selepas balu berusia 67 tahun itu berubah fikiran berhubung pemberian wang untuk membiayai pengubahsuaian rumah Mitchell.

Dalam perbicaraan di mahkamah Old Bailey di London, paparan rakaman menunjukkan Mitchell, 38, tiba di rumah mangsa yang juga dikenali sebagai Deborah dengan membawa sebuah beg besar berwarna biru pada Jun 2021.

Sewaktu Mitchell meninggalkan rumah itu beberapa jam kemudian, rakaman menunjukkan dia dengan payahnya membawa beg terbabit yang kelihatan 'berisi' penuh dan berat.

Dua minggu selepas pembunuhan itu, Mitchell didakwa memandu ke bandar Salcombe di barat daya England.

Mayat mangsa tanpa kepala kemudian ditemui pelancong di tepi laluan hutan berhampiran bandar itu. Polis yang melancarkan pencarian pula menemui kepala mangsa berdekatan lokasi terbabit.

Menurut pendakwa raya, terdahulu Mitchell berkenalan dengan mangsa melalui sebuah kumpulan gereja.

Namun apabila warga emas itu berubah fikiran dan memutuskan untuk tidak memberikan wang sebanyak £200,000 (RM1.09 juta) kepada Mitchell bagi membiayai kos pembaikan rumah usang bernilai £4 juta (RM21.8 juta) didiami bersama ibu di London, wanita terbabit membunuh mangsa dan memalsukan wasiat untuk mewarisi hartanya yang berjumlah lebih £700,000 (RM3.8 juta).

Hakim Richard Marks ketika menjatuhkan hukuman ke atas Mitchell, menyifatkan jenayah dilakukan wanita itu sebagai 'mengerikan dan amat mengejutkan.'

Mitchell berdiri senyap dalam kandang tertuduh ketika disabitkan kesalahan membunuh, kelmarin, manakala saudara-mara mangsa yang berada di Malaysia pula menonton prosiding itu melalui pautan video.

Susulan keputusan mahkamah itu, detektif Jim Eastwood yang mengetuai penyiasatan kes terbabit, berkata Mitchell tidak pernah mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan berkenaan, sekali gus meninggalkan banyak persoalan yang masih belum terjawab. - AFP



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo