KUALA LUMPUR – Sambutan Halloween kini diraikanmasyarakat timur dan di negara-negara Islam meskipun tidak mempunyaihubungkait yang kuat dengan sejarah perayaan kaum Celtic purba tersebut.
Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai sambutan Halloween yang diraikan secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi.
Mana tidaknya, sebuah negara yang dahulunya mengharamkan sambutan tersebut kini sudah dirayakan apabila bandar tersebut bertukar arena pesta kostum.
Difahamkan ia berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu dengan membenarkan pelawat masuk ke Boulevard secara percuma dengan syarat mereka memakai pakaian menakutkan.
Memetik laporan Arab News, salah seorang peserta, Abdulrahman mengatakan mereka hanyalah meraikan secara suka-suka dan tiada lebih daripada itu.
“Ini perayaan besar, jujur dan menyeronokkan. Soal halal atau haram, saya tidak tahu tentang itu. Kami merayakan hanya untuk suka-suka dan tidak lebih daripada itu. Kami tidak percaya pada apa-apa pun,” katanya.
Malah, mereka juga menggambarkan acara berkenaan sebagai salah satu hiburan yang tidak berbahaya kerana tindakan tersebut didasari niat untuk berseronok sahaja.
Namun melihat kepada sambutan tersebut, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan kekecewaannya apabila melihat negara Arab Saudi menerimanya secara terbuka, bahkan dirayakan secara besar-besaran.
Tindakan itu adalah tidak patut memandangkan Arab Saudi merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam, kata beliau
Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya Asma’ mengatakan perayaan itu bukanlah pertama kali disambut, bahkan pernah berlaku pada tahun 2018.
Bagaimanapun, pihak kerajaan sana menegaskan mereka melarang sama sekali perayaan berkenaan selain bertindak menangkap warganya yang terlibat.
“Sebagai seorang beragama Islam, kita haruslah menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau.
“Bukan sahaja pesta Halloween seperti yang berlaku di Arab Saudi, bahkan apa-apa jua yang jelas menyalahi hukum agama,” katanya. – MalaysiaGazette
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment