NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usaha mencari helikopter hilang sudah digerakkan


KUALA LUMPUR –
Unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian nahas helikopter terhempas berhampiran Tanah Rata, Cameron Highland, 19 minit selepas menerima maklumat kemalangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, setakat ini usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang diaktifkan segera pada jam 1.11 petang.

Menurutnya, CAAM menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW berhampiran Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang pada jam 1.03 petang tadi.

Ia berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada jam 12.20 petang.

Pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang serta lima penumpang.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016, tambahnya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo