NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Untuk generasi muda : Amaran Presiden PAS yang dianggap fitnah

AMARAN PRESIDEN PAS YANG DIANGGAP BUDAYA FITNAH 

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Presiden PAS beri amaran tentang wujudnya pro-komunis dalam Pakatan Harapan. Lalu budak-budak muda yang tak pernah kenal erti derita dan kesukaran hidup pada zaman komunis - mengkritik dan mengejek beliau sebagai "merosakkan Melayu dengan budaya fitnah".

2) Selaku orang tua, yang pada zaman mudanya pernah melalui zaman pemberontakan komunis kali pertama dan kali kedua, Presiden PAS pastinya tidak mahu anak-anak muda generasi ini lupa dan lalai dengan kemungkinan kebangkitan semula ideologi komunis. Ideologi apa pun, tidak akan pernah padam dan menanti masa untuk bangkit.

3) Sejarah membuktikan komunis mengganas dan membunuh polis-polis yang menjaga keselamatan - dengan tujuan mereka untuk merampas kuasa secara kekerasan. Ideologi komunis tidak pernah padam dan akan terus bergerak dan berakar umbi tanpa disedari oleh umat yang dibuai zon selesa, lebih-lebih lagi anak-anak muda yang tak pernah kenal derita hidup di zaman keganasan komunis.

4) Sejarah serangan kmunis kali kedua, dalam tahun 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mencabar pasukan keselamatan Malaysia dalam konflik bersenjata. Parti Komunis Malaya sudah bersiap sedia selama 8 tahun untuk pemberontakan kali kedua berhajat untuk merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan.

5) Pemberontakan kali kedua itu dilakukan serentak dengan pemberontakan yang dijalankan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara. Sekali lagi,pasukan gerup gerak khasTentera Darat Malaysia dan pasukan Polis Diraja Malaysia memikul tanggungjawab menghapuskan pemberontakan ini.

6) Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas unit-unit Tentera Darat daripada seberang sempadan Thailand dan Kalimantan dengan tujuan memporak-perandakan keselamatan negara. Walaupun kesan serangan tersebut tidak seberapa, kesan psikologi ke atas rakyat tempatan pasti akan mengugatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman daripada anasir komunis.

7) Selain itu, Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara juga melancarkan serangan oleh skuad-skuad khas untuk menjalankan operasi pembunuhan ketua-ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh di kawasan-kawasan bandar. Parti Komunis Malaya berjaya membuat dua pembunuhan nekad dengan pembunuhan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

8 ) Anak-anak muda hari ini tahu apa? Apabila orang tua beri nasihat, mereka enggan hadam. Dituduhnya orang tua itu membudayakan fitnah. Sejarah yang berlaku dalam negara kita perlu diterap kembali dengan bersungguh-sungguh untuk membuka minda anak-anak generasi muda tentang bahayanya mendokong dan menyokong pihak yang membawa ideologi ini. Hari ini mereka berselindung disebalik melawan rasuah dan penyelewengan, walhal mereka sendiri tidak terlepas daripada salah laku yang sama. Mereka hanya menunggang isu untuk memenangi pilihanraya.

9) Kemenangan yang sedikit dan seketika pada PRU14 lalu, membuatkan tangan-tangan ghaib komunis ini bermaharajalela merayakan 'kemenangan' mereka. Mereka mungkin tidak berada di barisan hadapan pentadbiran negara, tetapi mereka adalah 'tangan ghaib' yang mencatur. Tidak akan ada umat yang akan sedar jika tidak diingatkan. 

10) Justeru, amaran yang diberikan oleh Presiden PAS adalah amaran yang tidak boleh dipandang remeh oleh generasi muda. Sedarlah, di atas kertas, kita mungkin masih majoriti. Tetapi hakikat sebenar, tiada siapa yang tahu. Kemasukan pendatang China yang masuk tanpa dapat dikesan ke mana perginya - menambahkan lagi kerunsingan kepada orang yang mengkaji dan memahami selok belok strategi dan logistik untuk menguasai sesuatu tempat. Amatur akan berbicara tentang strategi, manakala professional akan menggerakkan logistik.

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo