NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Terengganu tak yakin tawan Terengganu, 50-50 itu terbaik


PETALING JAYA:
Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana misi terdahulu untuk membangunkan Terengganu belum selesai.

“Saya masih mahu kekal bertanding di negeri (DUN), kalau diberi peluang. Terpulang kepada pucuk pimpinan nak letak saya di DUN mana,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Bekas menteri besar Terengganu itu tidak menolak kemungkinan terus mempertahankan DUN Kijal, jika dipersetujui pucuk pimpinan.

Ditanya jika beliau berhasrat menjadi menteri besar semula, katanya, pelantikan jawatan itu akan diputuskan presiden parti dan perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Pada 29 Sept lalu, Barisan Nasional (BN) Terengganu memilih Ahmad sebagai “poster boy” dalam usahanya merampas kembali tampuk pemerintahan daripada PAS pada PRU15.

Setiausaha Umno negeri, Rozi Mamat berkata, Ahmad akan dilantik sebagai menteri besar, jika BN berjaya merampas Terengganu semula.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, pihaknya yakin dapat menawan sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Parlimen yang akan ditandingi BN di Terengganu pada PRU15.

“Insya-Allah kita boleh menang di Parlimen Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman, manakala Parlimen Kuala Nerus pula 50-50.

“Kita lihat sokongan rakyat di negeri ini mulai berubah dan ramai yang menyatakan sokongan terhadap Umno seperti semalam, 300 penyokong PAS dan Bersatu di Dungun menghantar borang untuk masuk Umno.”

Katanya, beliau sudah menyerahkan nama calon Parlimen kepada pucuk pimpinan parti untuk diteliti Khamis lalu, dengan semua calon itu mempunyai rekod peribadi bersih dan bebas daripada kesalahan jenayah.

“Calon yang ditampilkan ini adalah individu yang kita yakin boleh menang dan disenangi penduduk tempatan.”







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo