NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tak serik - Mokhtar Senik


UMNO masih tidak menjadikan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sebagai pengajaran untuk memperbaiki parti itu supaya lebih baik, kata seorang ulama PAS, Mokhtar Senik.

Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat itu Allah telah memberikan UMNO pelajaran dan peluang belajar, namun parti itu tetap memilih kesombongan berbanding keinsafan.

“Nampaknya kekalahan teruk UMNO dalam PRU-14 yang lalu tidak memberi apa-apa pelajaran kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Mokhtar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan perwakilan MIC, Isnin lalu (10 Oktober 2022).

Dalam majlis itu, Zahid dilaporkan telah menamakan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berada dalam “senarai menunggu” untuk didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan mereka.

Pemimpin terbabit yang disebut Zahid, termasuk Wee sendiri, serta Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran; dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Susulan itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulasnya dalam Twitter pada Khamis berkata “Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU (pilihan raya umum) adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah.”

Mengulas lanjut, Mokhtar berkata bagi UMNO mereka bukan setakat mahu menang pada PRU-15 tetapi untuk menjadi parti dominan dalam kerajaan sekiranya BN menang.

“Bukan untuk menyelamatkan agama atau bangsa atau Negara. Bahkan bukan untuk menyelamatkan UMNO. Jika anda mahu tahu jawapannya dengarlah sedutan ucapan Zahid dalam perjumpaan bersama pimpinan BN. Zahid menyebut mengapa mereka perlu menang.

“Jika tujuan kemenangan itu adalah untuk menyelamatkan beberapa kerat pemimpin mereka dari berbagai pertuduhan di mahkamah maka rakyat boleh nilai sendiri tahap fikir pemimpin UMNO.

“Biarkan lah UMNO dengan gelagat dan permainan politiknya. Kerana tiada siapa lagi boleh menasihati UMNO selain kekalahan. PAS wajib terus melangkah dengan hati-hati di samping pergantungan sepenuhnya kepada Rabbul’alamin,” katanya.

Menurut Mokhtar sokongan beliau kepada UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN) berubah setelah PAS kini membuat keputusan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

“Setelah ada ketetapan dari pimpinan dan parti maka saya dan semua ahli wajib taat dan walak kepada keputusan itu,” katanya. AD







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo