IPOH - UMNO menafikan dakwaan mereka berpakat dengan DAP menjatuhkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, memang wujud usul undi tidak percaya oleh DAP terhadap Ahmad Faizal pada Jun tahun yang sama namun UMNO tidak pernah menyokongnya.
Malah menurutnya, tiada sebarang perbincangan dibuat dengan DAP untuk meluluskan usul berkenan.
"Kalau UMNO ini jahat bukanlah pada 10 Disember 2020, dalam bulan puasa pada bulan Jun sewaktu kita menukar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Waktu itu sudah ada satu usul DAP iaitu undi tidak percaya kepada ADUN Chenderiang (Ahmad Faizal).
"Kalau UMNO jahat waktu itulah kita sokong usul itu. Kalau sekurang-kurangnya UMNO tak mengundi kita keluar pergi ke tandas pun sudah cukup usul itu menang kerana PH ada 23 undi tapi kita tidak jahat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Briged Sukarelawan Banjir UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahmad Faizal bahawa UMNO dan DAP berpakat menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Perak ketika temu bual di dalam rancangan Agenda Awani pada Selasa.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment